Khamis, 26 Disember 2013

Awkward of adulthood

Call me nerd or whatever but still deep inside me still load of child thingy lurking now and then

In 30's i still craze of games...still watch anime and read manga, still love cute erasers,play PS, and behaving like cute girl ohoho....its an odd when i live in community that consider woman in my age to behave what suppose my age to behave...hoh berbelit lidah weh....to matured within my appropiate age...hah care what others think...it is me, and i don't cross the boundaries of religion nor doing crime...just me behaving 'unmatured' by some others people think

Then there's group of women, in the name of health seeking guilty pleasure of fame and glamour exposing what they have should covered by ajnabi men strangely are considered normal by this so called conservative community...what the heck...well then let the luncai sink with their water guard...i just can hate from afar


Selasa, 10 Disember 2013

Buaya Sungai Pahang

Diam aku tak bermakna aku setuju

Diam aku tak bermakna aku bisu

Diam aku tak bermakna aku tak tahu

Diam aku tak bermakna aku tak kisah

Diam aku bukan aku sombong

Diam aku diam berisi

Diam aku diam memerhati

Diam aku diam mengkaji

Kau lihat aku macam tak endah

Kau lihat aku macam tak kisah

Diam aku diam berisi...walaupun aku nampak toye dan koya....

Diam aku resmi buaya...kau tak kan tahu apa yang aku pikirkan
dan kau takkan tahu apa yang aku rancangkan

Isnin, 9 Disember 2013

Alam dan Kehidupan

When...
you look the path you've walk...
you've crossed the creek...
you've crossed the meadow...
you've crossed the juicy berry bush...
you've crossed under the tree where the bee hive is...
you've crossed the thorny bush that scratch you badly....
you've bumped into decaying log...
you've fall onto muddy waterhole...

You've cried of pain...
You've sob of sorrow...
You've taste delicious joy...
You've laugh of beautiful sight...

You've wonder why those enchanting rose you wanted so bad is out of reach that would never be yours...

You've wonder why you always fall even you tried your best not to...

You've wonder and wonder...but you never get satisfied with the answer...

Hush dear ... you never know what has been destined for you...

You might fall now, you might hurt now, you may cry, you may misery...

But it worth world for you...cos you never know a few of bees sting required to have pot of honey


Another End of Year- review

Lip lap lip lap dah nak masuk hujung tahun....tahun 2013 ni banyak sangat kenangan...yang pelik, yang perit, yang jelik, yang manis tapi tak la sampai bergula-gula

Tahun ni banyak mematangkan aku, mendewasakan aku, meninisiasikan ke satu tahap yang baru...

Tahun ni si Ayong menginjak ke tahap persekolahan rendah, tahun ini si Tihani mengenal dunia pembelajaran

Tahun ini aku diajar bahawa pertalian darah darah juga tak menjamin kekebalan terhadap keberantakan

Tahun ini aku belajar mengenal kaca yang banyak berteraburan di sekitar kita, merobek poket, merobek persaudaraan serta mengguris hati

Tahun ini aku diduga hati dan aku lulus dengan cemerlangnya...alhamdulillah...dan aku sangat yakin mengatakan hati ini hanya pada si dia kekasih jiwa raga...

Tahun ini aku berjaya menaiki ke satu aras baru dalam kerjaya...aku harap momentum ni dapat dikekalkan...in sya Allah

Perlahan-lahan tahun ini bakal aku tinggalkan...walaupun perit pasti jadi kenangan dalam hidup


Banjir Edisi Dua

Teman-teman sekerja yang berkhidmat di jabatan pesakit luar baru-baru ni terpilih dalam pasukan tindakan khas banjir...maksudnya kena stanby kes la ni...tak kira besar kecik kes di musim banjir ni semua kes nampak besar walaupun pada hari-hari biasa kes tu boleh sekadar dipantau tak perlu bergegas.

Semalam terdengar cerita big bos daerah mengamuk sebab tak ambil satu kes (tak tahulah kes apa)...tapi apa yang pasti si pencerita merungut sebab mereka semua sangat penat dan kes tu bukan taknak ambil tapi maklum la dah terlampau banyak kes...yalah dari hari mula-mula air melimpah ke jalan mereka dah siap siaga menghadapi segala kemungkinan...dapat rehat kejap je...

Bagi pendapat aku la....memang ye dalam keadaan darurat camni masing-masing cemas, gusar, sedih, gelisah tapi ada yang bermasalah jiwa menda yang boleh bawak bersabar jadi kecoh.

Teringat aku kisah banjir besar sepanjang aku dewasa ni pada tahun 2007 ketika aku berkhidmat di gugusan felda...memang terputus semua jalan menghubungkan dunia luar...hinggakan kes terpaksa di ambil menggunakan heli....sangat epic sebab tu la first dan entah bila nak rasa balik nengok heli turun dekat padang yang agak kecik ambil 2-3 kes yang kumpul skali nak anto...ye la setakat satu baik tak yah kan....kes pertama budak melecur akibat terkena minyak panas atau tersambar api masa atuk dia bakar sampah...(kedua-dua kes tu jadi masa yang agak dekat...keliru yang mana satu)...kes kedua sorang makcik patah tangan masa cuba mandikan suami dia yang lumpuh dalam bilik air...

Aku nak citer ni sepanjang masa terputus hubungan tu, colleague aku kat tempat lama dah stanby hantar ibu mengandung yang dah sarat tu ke hospital besar awal-awal tapi ada nearby public health ni ibu mengandung area jagaan mereka banyak yang degil...last-last ramai yang bersalin kat ABC (alternatif birthing center)...bahaya sungguh...dengan bekalan elektrik yang terhad (TNB putuskan bekalan elektrik sebab pencawang dah tenggelam- dorang terpaksa rely ngan generator)...silap sikit leh memudaratkan nyawa ibu dan bayi...sebab kebanyakan alatan medical ni bergantung pada power supply...air pun takde...yelah dah takde elektric camne umah pam nak berfungsi...

Point kat sini, pihak medical, JPAM, Bomba, Polis, JKR, dah berusaha yang terbaik untuk serve pada community time bencana camni tapi sayang ada yang amik mudah dan anggap banjir ni macam pesta....bila ditimpa musibah mula la nak cari salah orang lain...bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan, jangan dah terhantuk baru nak mengamuk, siap stanby mana-mana yang patut dan lagi satu belajar-belajar la cara-cara pertolongan cemas, sekurang-kurangnya leh bertindak mana yang patut sebelum pertolongan sebenar sampai

Banjir oh banjir

Hujan......hujan dan hujan akhirnya air Sungai Pahang tak tertahan lalu membuak ke darat....
Salah sungai semakin tohor atau salah si pencemar alam hakikatnya si sungai dah tak mampu membendung isi perutnya..

Beberapa laluan utama tenggelam dalam amukan alam...memutuskan perhubungan aku dengan buah hati pengarang jantung yang dua orang tu di seberang sana...

Jika tidak kerana amanah majikan supaya berkhidmat di kala musibah ini sudah lama aku terbang ke sana bawak balik anakanda-anakanda yang nakal-nakal tu tapi apakan daya..hanya dari jauh je la dapat ibu doaka kesejahteraan

Hanya Mr Ameen je la dengan ibu buat pengubat sunyi....kasihan dia terpisah dengan kakak-kakaknya...dengan ibu dan papa je la jadi teman main buat sementara ni...

Banjir....area kampung MIL memang tempat naik air, sementelah tu kawasan paya...sebab musabab aku nak gak budak dua orang tu di hantar ke rumah opah mereka masih anak kecil yang tak dapat beza bahaya dan bahana..

Aku tak nak mereka main air banjir yang dah tentu hasil basuhan hujan ke muka bumi ni...segala kuman, parasit, virus, kulat, kotoran ada dalam tu...dan aku pasti mesti ada yang dok kempen boleh main air banjir.....isk selisih malaikat 44....air banjir dah la seribu satu macam ada dalam tu, malah kalau tak berjaga-jaga boleh menyebabkan tragedi lemas...semoga tidak lah aku di uji dengan ujian ni....

Musim banjir....aku harap orang yang ditimpa musibah agar bersabar dengan dugaan ini

Khamis, 10 Oktober 2013

Bahana SNS

Baru-baru ni aku baru je unfriend sebilangan besar fb friend aku sebab aku saspek ada antara mereka ni potential fire stone...
Kesian gak la ada yang mereka-mereka ni yang ok tapi sebagai langkah berjaga-jaga...hati manusia siapa yang tahu kan

Puncanya aku ada upload satu gambar yang aku rasa dah tapis dah, tujuannya untuk suka-suka...yelah asik keje dengan serius ada masa kita nak bergurau senda...and yes kebanyakkan ok aje ngan gambar tu tapi...ada sorang hamba Allah ni melenting tak tentu pasal tuduh aku sengaja nak memalukan dia...
Eh pelik plak aku..setahu aku la dia ni takde fb acaner lak dia leh tahu pasal gambar tu, pelik no dua gambar tu takde kene mengena pun ngan dia ngape dia bangsat sangat nak marah-marah aku ngaku tu dia yang buat...tapi Alhamdulillah la memang time dia dok marah-marah tu dia ngaku dia bodoh...ok la aku leh terima...

Dan aku amik iktibar la, tak semua yang dok sekitar kita tu baik hati budinya...dalam diam dok tikam blakang...aku perasan pun sebab lepas aku delete gambar tu aku post la satu status bunyiknya lebih kurang camni

-Ada orang tak dapat nak beza antara gurau senda dengan sengaja nak memalukan orang
-Ada orang perasan terlebey padahal takde kena mengena antara hidup dan mati dia pun
-Ada orang suka keje cam robot

tak lama kendian dia masuk kat departmen aku perli2 pasal robot tu...sah memang ada petualang di situ....

Aku memang pantang betul mende2 camtu so aku lebih rela takde fb friend riban2 kalau semata2 nak jadi batu laga...

Dia ada bercerita ngan bos dia, ada la bos dia datang tanya hal tu ngan aku...aku pun explain la dari A to Z siap tunjuk gambar tu lagi kat bos dia...ok je bos dia, gamaknya dia dah malu takde la serang2 aku lagi tapi sampai sekarang dia tak datang minta maaf ngan aku....baik betul perangai korang-korang ni kan

Jumaat, 9 Ogos 2013

Cerita Eid 2013

Tahun ni semangat nak sambut lebaran kurang...macam-macam dugaan...macam-macam perkara...persiapan lebih pada anak-anak...biar la mereka bergembira...
Tapi rasa bersalah gak...kemeriahan tu tak berapa ketara...dorang dok terperap kat umah je...menunggu tetamu...ada saudara-mara tapi masing-masing lebih nak melayan tv dari keluar berziarah...saudara mara ramai tapi macam takde je dibuatnya...
Aku ni menantu apa...bukan kenal sangat dengan sedara-mara partner aku...sedangkan sedara mara aku pun tak berapa nak berziarah sangat atas faktor jarak dan kekangan masa dan rm....
Anak-anak dah makin membesar rasanya molek dorang ni diperkenalkan pada sedara mara...supaya kenal asal usul dan cerita nenek moyang
Tapi kalau dah takde gesaan untuk melawat sedara-mara camne nak kenal ye tak

Sabtu, 6 Julai 2013

Bila nyawa jadi taruhan- part dua

Cakap pasal kemalangan ambulan, collegue yang terbabit dalm kemalangan tu memang dah trauma giler naik ambulan...even masa dia dikejarkan ke hospital naik ambulan klinik lain, tak henti-henti dia menangis takut terjadi lagi perkara tu...siap cakap dah tak nak oncall naik ambulan lagi dah...(her wish maybe granted sebab klinik kami dah takde ambulan dan terpaksa bergantung ngan ambulan lain)....

Ini kes yang semua selamat...macamana yang kes ada yang mati...orang akan salahkan pemandu ambulan..tak kira apa pun...imej ambulan yang bawak ambulan dengan laju serta melanggar peraturan jalan memang terpahat dalam otak orang...yelah dah nama kecemasan, mesti kena cepat sampai ke kecemasan kan...pesakit yang nak dihantar mestilah yang kritikal...tak bawak dengan laju jadi apa-apa pada pesakit yang menjawab pemandu juga...tapi ada segelintir pemandu yag buat taik ambulan kosong je tapi pasang beacon light serta siren....tu memang salah...

Apa yang orang tak tahu, hanya seorang driver sahaja masa oncall, second call pula stanby jika driver oncall ada kecemasan atau ada hal penting seperti berkursus ke...sekurang-kurangnya ada dua orang driver setiap klinik dan lebih jika klinik besar...bila masa oncall bergantung pada nasib, kes yang perlu dihantar kadangkala lebat kadangkala memang rilek....bila time lebat memang penat giler....ada yang baru balik anta kes kena patah balik anta kes baru....sama gak keadaan pada MA, SN, JM dan PPK oncall....kalau apa-apa terjadi pada pesakit yang kena menjawab mereka-mereka ni lah....tanggungjawab sangat besar...bermain dengan nyawa, masa dan tenaga....nyawa sendiri dan nyawa pesakit, masa dengan keluarga, tenaga yang digunakan untuk tugas yang di amanahkan...

Bagi yang faham akan tugas kami melayan karenah pesakit yang berbagai ragam dan rupa terima kasih dari pihak kami...mereka-mereka ni la yang bagi semangat pada kami untuk meneruskan tugas mencabar ni...bagi yang kekwat tengok kami slack atas bawah, ketahui la kami dah buat sebaik mungkin....persepsi misi garang dan doktor garang sebenarnya berpunca dari karenah pesakit dan birokrasi orang atasan...kemungkinan mereka stress serta letih sebab kami pun manusia...ada masa kami letih ada masa kami pun ada masalah macam orang lain, dan kami pun bukan semuanya mampu handle stress dengan baik...setiap orang kan berbeza....

Dah cakap camni mesti ada pulak yang tempelak...nape gatal gak nak keje macamni....jawapan kami satu je...sape lagi yang sanggup bukan kerja ni...kalau bukan kami

Bila nyawa jadi taruhan

Minggu lepas...tengah sedap berfacebook aku dikejutkan dengan berita yang ambulans klinik tempat aku bekerja terbabit dalam kemalangan maut....alhamdulillah yang meninggal tu bukan collegue aku tapi sedih gak serta takziah pada keluarga arwah...malang tak berbau dan menda nak terjadi...

Selalunya kalau kemalangan yang membabitkan ambulan ni mesti orang letak kesalahan tu pada pemandu ambulan dengan alasan bawak laju, penat, bawak gelojoh sampai keluar la pekeliling dalam KKM yang pemandu yang bawak ambulan kena bawak ikut peraturan jalanraya....aku pun bila dapat tau berita tu nak plak aku diberitahu siapa driver tu, aku pun berspektif yang sama...FYI dan bukan berniat memburukkan orang, si driver tu memang bawak apa-apa pun kenderaan jabatan dengan cara kurang berhemah...boleh dikatakan kami semua mengelak/mengeluh bila terpaksa naik kenderaan yang dia bawak...tapi bila aku jenguk rakan-rakan yang terbabit dalam kemalangan pada malam tu dorang cakap driver tu bawak standard je (tak berapa laju la)....dengan beacon light semua terpasang...sebab dorang on the way hantar kes sakit jantung yang memang kena hantar segera ke hospital sebab dekat kecemasan klinik dorang tak dapat baca tekanan darah si patient....

Selepas beberapa hari kes tu jadi buah mulut orang...mana taknya si arwah tu suami tokey kedai makan, baru pas pantang lak wife dia...pastu dengar plak keluarga si arwah nak saman Pejabat Kesihatan kitorang...uuu memang nak jadi kes betul...sape yang kenal ngan driver tu dok salahkan si driver tapi bagi yang tau citer pulak bersikap sebaliknya....

Aku pernah tengok gambar kereta yang terbabit dalam kemalangan tu...teruk gak kete yang berlanggar ngan ambulan tu, memang total loss...ambulan plak kemungkinan total loss gak, dahla ambulan baru tak sampai setahun tapi tak la seteruk kete tu, maybe sebab dia besar dan berat dan dia menghempap kete tu...dari citer collegue aku yang dok dalam ambulan tu, selepas berlanggar ambulan tu terbalik menghempap kete tu...arwah pulak dipercayai meninggal on the spot patah leher, pemandu dia plak fracture 8 part...tapi alhamdulillah la penumpang dalam ambulan tak cedera teruk cuma lebam-leban...dan yang paling kelakar si pesakit jantung tu elok stabil pas dikejarkan ke hospital selepas kemalangan walaupun cedera kat kepala dia...dan Alhamdulillah gak keluarga pesakit tu tak salahkan pihak klinik atas kejadian yang terjadi...

Dari segi teori kalau driver tu bawak laju dan careless memang dah cedera parah orang yang dalam ambulan tu...nauzubillahminzalik...tapi kita tak tahu cerita sebenar...yang tahu hanyalah si driver ambulan dan driver kereta....

Tapi cerita yang keluar dah macam-macam versi, ada yang salahkan driver ambulan...ada yang salahkan driver kereta...dan cerita penambah perisa tu boleh jadi macam-macam ikut perisa si pencerita...

Dari cerita teman yang kenal dengan keluarga arwah...keluarga arwah nak saman pejabat kesihatan...mereka memang tak puas hati atas kematian arwah...yelah mati katak gitu je...dan kata teman itu lagi, pihak polis kata pemandu kete tu takde lesen...so, memang buat macamana pun memang tak dapat nak saman sebab salah sendiri....tapi ada satu kenyataan yang teman ni dengar dari keluarga arwah tu yang wat jadi orang mixed feeling..."menda ni manusia boleh buat, kita boleh tukar statement".......uuuuuuuuuuu......so chilling


Nota kaki lipan : aku sangat neutral...tak memihak mana-mana ye

Ahad, 23 Jun 2013

Realitinya drama atau dramakah realiti...

Kadang-kadang ada menda yang kita alami hari-hari macam drama swasta pun ada tapi apa yang kita tonton dalam tv memang tak sama ngan realiti terutama bab dialog....

Drama yang kita tonton semuanya olahan dari cerita realiti...tapi yang jadi tu rupanya sama macam dalam cerita cuma dialog je berbeza...biasala penulis skrip mesti nak lagi wayang dari biasa sebab yang realiti tu biasa sangat...nak nampak macam gah taruk la asam keping dua tiga das...campur serbuk kari sket...tebaboo...macam merepek pun ada citernya...

Tapi dalam tak sedar...benda tu wujud...tanpa dialog yang vas-vas...tapi tetap wujud...bila dah alami perkara ni jadi macam nak gelak sendiri la pulak...

Selama 31 tahun hidup...macam-macam ragam, gaya dan pe el manusia...bergerak atas nafsu, kehendak serta akal masing-masing...tak kuat iman macam-macam boleh jadi...tak kuat akal...boleh terbabas...

Cerita ada yang boleh dikongsi, ada yang hanya buat simpanan sendiri...yang mungkin suatu hari nanti, jika rezeki umur panjang boleh cerita pada anak cucu...

Jelebu...Jerebu...Gerebu?...ikut hang la nak panggei apa

Jerebu....
Sudin membuka matanya yang penuh berselepat dengan tahi mata, tidurnya terganggu dengan sinaran matahari yg mengenai matanya melalui celahan dinding bilik usangnya.
Sudin membuka mulutnya luas2, menguap, menghembus segala udara yg terkandung dlm perutnya, sehingga menampakkan giginya yg jarang serta tidak tersusun itu. tiba2 kedengaran bunyi ngaring, panjang dan jitu, diakhiri dgn putus2. datang dr arah buntut sudin. kembang2 hidungnya, mencari bau kentutnya sendiri.
"pergh…." gumam Sudin.
Sudin pergi membuka tingkap yg terletak hanya sebelah katilnya, pandangannya jauh menghala kearah belukar serta pokok manggis, rambutan serta limau bali tanaman arwah bapanya. Pandangannya berkabus, digenyeh matanya perlahan2. masih berkabus, digenyehnya sekali lagi, kali ini lebih kuat. masih juga berkabus. Dia bangun.
Sambil membetulkan kain pelikatnya, Sudin bergerak ke arah dapur, mencari ibunya, Mak Leha. Perempuan separuh abad, bersanggul tinggi, bertahi lalat dipipi, berbaju kebaya kesana-kesini.
Sudin menyusuri anak tangga yg menyambung rumah utama keruang dapur dgn berhati2. dia membatalkan niatnya utk meneruskan turun kedapur, sebaliknya melabuhkan punggungnya di salah satu anak tangga.
"mak, kenapa nampak berkabus saja pagi ni???" tanya Sudin sambil memandang tepat kearah Mak Leha yg berkain batik, berbaju kebaya. Bukan Sudin tidak biasa dgn pandangan kabus waktu pagi, semenjak sudin pandai berjalan dia sudah melihat permandangan tersebut, tapi kali ini berlainan sedikit.
Mak Leha yang sedang menggoreng ikan sepat yg ditangkap Sudin petang kelmarin hanya memandang Sudin dgn hujung mata.
"mak, dengar tidak Sudin tanya ni???" sambung Sudin pabila soalannya sebentar tadi tidak diendah.
sambil menghela nafas yg panjang Mak Leha menjawab "apa kau tidak tahu sekarang ini heboh org bercerita tentang jerebu?? dari kedai ah tong di pekan sehingga ke kedai kopi salbiah janda hujung simpang tu, semua org sibuk bercerita tentang jerebu, itu la kau, selagi matahari tidak terpacak diumbun2, selagi itu la kau tidak mahu bangun. kau lihat sekarang ni masih pagi lagi kah?? cuba kau lihat si Karim anak leman sekerap tu, semua benda dia tahu, malahan cerita jerebu ni dia lah yg terlebih dahulu menceritakannya….."
perlahan2 sudin menghala ke arah pintu dapur, dia tahu jika leteran ibunya menjangkau sehingga ke perihal Karim sepupunya dari sebelah arwah bapanya yg bekerja sebagai budak pejabat di syarikat getah milik kompeni inggeris dikampung sebelah, maka leteran itu akan menyebabkan leteran panjang yg tiada arah tuju selama 2-3 jam..
"daripada mendengar ceramah radio malaya itu, lebih baik aku dengar bunyi angsa ataupun ayam, leteran yg tidak membina…" gumam sudin, sesudah dia sampai keluar rumah, atau lebih tepat belakang dapur.
matanya menjeling kearah jendela bilik Norkiah, gadis idaman hatinya, bukan Sudin saja, malahan gadis sunti itu menjadi pujaan jejaka2 teruna dikampung Sudin, org2 tua separuh abad terketar2 di kedai salbiah janda bernama Mail turut tergila-gilakan si norkiah…
hampa, norkiah tiada dibiliknya, sudin mengarah jelingannya kearah penyidai baju, tempat dia dan norkiah selalu bercengkerama melepaskan rindu dendam. juga tiada.
tiba-tiba matanya terarah sekujur tubuh di belakang rumah norkiah, dekat dgn kebun yg bersempadanan dgn rumahnya….
tubuh yg sgt dia kenal.
perlahan2 sudin bergerak kearah tubuh tersebut.
"Assalamualaikum pak, eh… pak abu" tegur Sudin pada Pak Abu, bapa kepada Norkiah, berbaik2 dengan Pak Abu mmg stategi sudin utk mendekati Norkiah, lagi pun dia berjiran dgn org tua ini, seorang bekas pesara askar.
belum sempat pak abu menjawab salam si Sudin, Sudin sudah menyampuk…
"makin teruk jerebu sekarang ni ya Pak Abu… nak bernapas pun susah, mata pun terasa pedih sentiasa..semalam waktu sudin baca surat kabar, kemungkinan kita akan diarahkan darurat.. malahan radio juga kata begitu..."sudin mengutarakan topik jerebu sebagai topik perbualan tgh hari itu, lagipun, dia tidak mahu kalah dengan Karim.
"iya lah Sudin, aku ni pun selalu batuk2, gatal2, malahan sampai semput…" pak abu menggaru2 lenganya yg tidak gatal.
"ini semua angkara negara Indon tu lah, suka-suka hati saja mau bakar utan, yg mendapat balanya kita. pantang panas aja, bakar. pantang panas aja, bakar, apa kerajaan sana butakah, tulikah, membiar rakyat membakar sesuka hati. bukan sekali dua, malahan sudah berkali2. dulu rajin juga kerajaan kita membuat awan hujan, tetapi belanjanya besar kau tau Sudin. kerajaan kita berfikir juga, angkara org lain kita pula yg membazir wang.." kata2 pak abu bagaikan pidato wakil2 rakyat semasa hendak memancing undi, cumanya, yg mendengar ceramahnya itu hanya si Sudin, yg mendengar acuh tidak acuh, tumpuannya hanya mahu mencari Norkiah, mahu melepaskan gelora cinta org muda.
"err…. Pak Abu sedang buat apa ni??" soal Sudin.
"aku tgh membakar sampah serta pokok2 senduduk yg aku tebas dari kebun aku tadi, sudah lama aku biarkan sejak pergi ke rumah anak aku di bandar sana minggu lepas…."
Sudin berlalu ke sungai, mencari manalah tahu, kalau2 Norkiah berada disana bermain dgn rakan2nya. lagipun matanya sudah pedih akikat asap tebal hasil pembakaran sisa2 daun pisang, daun kelapa, pokok senduduk serta beberapa pokok belukar lain…...


.................................................................................................................................................................

Ini...aku curi dari fb Along aku...karya asal dia..Ahmad Izham Janggut bagi sape-sape nak kenal along aku dengan lebih dekat...ecewah....

Apa aku nak highlight dari cerita di atas....kuman seberang laut jelas dimata tapi gajah depan mata buat-buat buta pulak

Sabtu, 25 Mei 2013

Semua nak menjual sape nak jadi tukang belinya

Buka Fb rata-rata dok promote barang jualan masing-masing...OK la tu ada inisiatif nak majukan diri, nak menambah pendapatan dan duit poket sendiri...

Tapi ada rules of thumb la nak jual barang tu...

-Kalau barang tu produk kecantikan pastikan produk tu berdaftar ngan KKM dulu baru jual...kalau tidak ada sama-sama la dapat saham subahat menjual barang yang membawa mudarat pada orang lain

-Kalau jual garment tak kira tudung ke baju ke...jangan tag gmbar tu sampai annoying orang lain...elok-elok dah ada kepingin nak beli (prospek custumer) takut menyampah terus dislike anda

-Layan bakal pelanggan anda dengan segera terutama yang minta PM...buat cara cam cina, biar pun tak membeli tapi pengalaman berurusan ngan anda tu bakal menarik dorang tu datang semula ke page anda...

-Avoid testimoni yang merepek...tak semua orang bodoh sangat nak percaya tu betul-betul testimoni dari pelanggan anda...nak testimoni buat betul-betul jangan tangkap muat je...copy paste dari tempat lain ke...

Sebagai peniaga jangan malas timba ilmu nak kembangkan bisnes anda...jual barang bukan satu-satunya cara buat duit...ada banyak lagi cara

Demam PRU13 yang masih bersisa

Rezeki yang tak dipinta tapi Allah nak bagi so dengan jayanya jadi Kerani Pengundian masa PRU13 aritu...

Secara harfiahnya memang pas PRU13 tu memang aku demam sebab letih melampau pastu partner aku bawak balik virus selsema T_T

Aku bukan nak citer pasal demam tu (sampai arini still ada lagi sisa batuk-batuk demam aritu) tapi pandangan aku sebagai KP dan citer-citer pelik PRU13

- PM kita menang besar di Parlimen Pekan dengan 80k pengundi
Pengundi di Kuantan 50k++ dan pengundi di Temerloh pun 50k...sebagai orang yang dok Pahang dan umum orang Pahang tahu Kuantan adalah ibu negeri dan Temerloh adalah bandar kedua terbesar di Pahang ngan ura-ura nak dijadikan ibu negeri dalam beberapa tahun akan datang...serta Pekan walaupun bandar Diraja tak ramai penduduk kat sana....

Yang peliknya mana datang lagi extra 30k penduduk Pekan tu....

- Gambar yang dikatakan SPR sebagai lakonan blackout
Sebagai petugas SPR yang rasmi kami dah sign akuan kerahsiaan...meaning takde rakaman dalam bentuk foto atau video dalam saluran mengundi....
Selepas siap mengira undi kami seal kertas undi dalam kotak undi ngan mouse tail dan tali siap dengan seal kertas yang telah siap di sign oleh agen...semua barang-barang seperti bakul kertas untuk asing kertas undi tu kami pulang kat SPR balik setiap menda

Yang peliknya camne leh ada gambar ni lak...kalau betul lakunan skalipun macamana PR leh dapat alatan serba complete tu...leh buat sendiri ke...berani betul dorang ni buat prop semata-mata nak fitnah SPR

-Gambar kertas undi yang dibuang dekat area Terengganu
Sama seperti diatas...cop SPR tu kami pulang balik dalam sampul yang berseal

Yang peliknya macamana kertas undi tu ada kat tangan orang awam bukan SPR


-Dakwat yang dikatakan kekal yang dijamin takkan hilang dalam masa 7 hari walaupun dicuci ngan apapun...
Bagi yang mengundi awal dakwat tu hilang dalam masa sehari je...gi cuci ngan petrol...
Pastu SPR kata goncang kuat sebelum pakai dan goncang lepas 2 jam sekali nak bagi sebati semula

Yang peliknya still hilang gak pada masa tak sampai sehari...kenapa aku cakap camtu sebab dakwat tu terpercik kat aku masa nak goncang kali kedua leh hilang dengan segera pas aku cuci ngan tisu basah....

Banyak lagi citer pelik dan misteri PRU13...sama-sama la jadi renungan bersama ye

Bila bercakap dengan tunggul

Apa perasaan korang bila bercakap ngan sesorang nak menyedarkan dia kesilapan selama ni, dia boleh pekakkan telinga dan butakan mata hati....

Rasa nak C4kan hamba Allah tu...
Rasa nak takik-takik ngan pedang samurai...
Atau nak siut ngan api je...

Itu lah yang jadi sampai semua orang jadi buntu dan mati akal...

Tapi ikut hati memang maut la...namun kesabaran memang ada limit

Selasa, 8 Januari 2013

Warna warni pahit manis tahun baru

Seminggu aku amik anual leave...bukan sebab saje-saje nak amik rehatkan badan tapi sebab permulaan tahun baru ni anak yang sulung naik darjah satu...( uuu cepatnya masa berlalu...anak aku dah besau rupanya)...si angah masuk ke PASTI dan Mr Ameen akan di hantar ke pengasuh baru.... so aku nak setup semula timing aku nak uruskan budak-budak ni belah pagi supaya nanti bila aku naik keje takde la kilam kabut ( tu pun berterabur gak pagi tadi)

Penat betul badan walaupun dok umah je...sape kata dok umah tak banyak keje...jadi suri ni lagi penat dari keje goyang kaki kat pejabat...penat badan penat otak nak uruskan masa dan keluarga...patutla tiap-tiap masa senggang dorang banyak dihabiskan bermesyuarat longkang/tembok/tingkap dsb...nak hilangkan stress kot...

Tapi yang pasti memang kaum hawa lebih proaktif bab-bab anak dan keluarga...dan kaum bapa kurang involvement...jangan pulak ada bapa yang terasa....maybe tak semua tapi rata-rata yang aku nampak dok anta tunggu anak adalah kaum ibu...dan yang uruskan beratur bayar yuran sekolah adalah kaum ibu juga...yang berpeluh-peluh menunggu di pintu pagar sekolah sambil anak kecik bergayut merengek-rengek kat kaki pun kaum ibu juga...ada nampak kaum bapa menunggu anak di kereta tapi memang harfiahnya dia tunggu kat kereta sambil si anak terhegeh-hegeh menyeret beg yang beratnya dekat 3kg...(mana tau berat 3kg? sebab aku bawak beg anak aku sampai kelas dia yang aku sendiri semput nak angkut...nko bayang lak budak kecik kemetot tu bawak pulak)

Hari si ayong tu gi orientasi....cikgu dan wakil ibu bapa dah sampaikan amanat awal-awal...peringatan pada ibu bapa yang culas nak amik port pasal anak...antara kata-kata yang masih terngiang-ngiang adalah amik berat pasal anak-anak dan persekolahan mereka...time meeting ibu bapa cuba la luangkan masa datang dan dengar...nanti bila ada kata yuran rm50 bila time meeting tak datang dorang yang marah-marah tak tentu hala...pelik aku tengok ada parents macamni...selalunya la parent camni yang anak problematic sket ( atau banyak)...mendatangkan banyak masalah pada para pendidik dan masyarakat...

Aku dah bertekad tahun ni nak bagi masa betul-betul untuk anak-anak even camne penat sekalipun..nak dorang sebelum pergi sekolah dalam perut dah kenyang..supaya lebih absorb pembelajaran dia....nak pantau persekolahan mereka...apa yang dorang buat aritu..nak jadi bestfren pada anak-anak supaya dorang lebih open ngan aku so takde la dorang rasa tersisih lak...

Sebenarnya aku agak kesian ngan si Tihani...dia tak biasa dengan alam baru dia tiap-tiap pagi dia merengek suh aku temankan....aku ni dahle garang terlebih...kena tone down kegarangan aku ni...same goes tu Mr Ameen...dia tak biasa ngan babysitter baru tiap-tiap kali hantar dia nangis...uuuu penatnya....rasa nak gi spa huhu....tapi above of that bab manisnya bila time amik dorang sebelah petangnya semuanya becok bercerita dan main seronok jumpa ibu dia balik....