Teman-teman sekerja yang berkhidmat di jabatan pesakit luar baru-baru ni terpilih dalam pasukan tindakan khas banjir...maksudnya kena stanby kes la ni...tak kira besar kecik kes di musim banjir ni semua kes nampak besar walaupun pada hari-hari biasa kes tu boleh sekadar dipantau tak perlu bergegas.
Semalam terdengar cerita big bos daerah mengamuk sebab tak ambil satu kes (tak tahulah kes apa)...tapi apa yang pasti si pencerita merungut sebab mereka semua sangat penat dan kes tu bukan taknak ambil tapi maklum la dah terlampau banyak kes...yalah dari hari mula-mula air melimpah ke jalan mereka dah siap siaga menghadapi segala kemungkinan...dapat rehat kejap je...
Bagi pendapat aku la....memang ye dalam keadaan darurat camni masing-masing cemas, gusar, sedih, gelisah tapi ada yang bermasalah jiwa menda yang boleh bawak bersabar jadi kecoh.
Teringat aku kisah banjir besar sepanjang aku dewasa ni pada tahun 2007 ketika aku berkhidmat di gugusan felda...memang terputus semua jalan menghubungkan dunia luar...hinggakan kes terpaksa di ambil menggunakan heli....sangat epic sebab tu la first dan entah bila nak rasa balik nengok heli turun dekat padang yang agak kecik ambil 2-3 kes yang kumpul skali nak anto...ye la setakat satu baik tak yah kan....kes pertama budak melecur akibat terkena minyak panas atau tersambar api masa atuk dia bakar sampah...(kedua-dua kes tu jadi masa yang agak dekat...keliru yang mana satu)...kes kedua sorang makcik patah tangan masa cuba mandikan suami dia yang lumpuh dalam bilik air...
Aku nak citer ni sepanjang masa terputus hubungan tu, colleague aku kat tempat lama dah stanby hantar ibu mengandung yang dah sarat tu ke hospital besar awal-awal tapi ada nearby public health ni ibu mengandung area jagaan mereka banyak yang degil...last-last ramai yang bersalin kat ABC (alternatif birthing center)...bahaya sungguh...dengan bekalan elektrik yang terhad (TNB putuskan bekalan elektrik sebab pencawang dah tenggelam- dorang terpaksa rely ngan generator)...silap sikit leh memudaratkan nyawa ibu dan bayi...sebab kebanyakan alatan medical ni bergantung pada power supply...air pun takde...yelah dah takde elektric camne umah pam nak berfungsi...
Point kat sini, pihak medical, JPAM, Bomba, Polis, JKR, dah berusaha yang terbaik untuk serve pada community time bencana camni tapi sayang ada yang amik mudah dan anggap banjir ni macam pesta....bila ditimpa musibah mula la nak cari salah orang lain...bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan, jangan dah terhantuk baru nak mengamuk, siap stanby mana-mana yang patut dan lagi satu belajar-belajar la cara-cara pertolongan cemas, sekurang-kurangnya leh bertindak mana yang patut sebelum pertolongan sebenar sampai