Memaparkan catatan dengan label Work all day. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Work all day. Papar semua catatan

Rabu, 16 April 2014

National Policy Point Of Care Test

Selasa baru-baru ini aku berpeluang menghadiri satu seminar yang dianjurkan oleh BPKK ( don't ask me apa mende ni...aku pun tak ingat...to many accronyms of bodies to remember)...seminar tu berkenaan polisi kebangsaan tentang point of care test...

Apa mende point of care test tu...haa meh nak citer...bagi medical lab technician cam aku ni menda ni tak asing lagi bagi kitorang tapi other paramedic maybe they don't know much...ianya test yang dilakukan oleh other paramadic staff or MO dekat dengan patient...meaning kalau dekat hospital it achievable within patient and ward staff tak-payah-bawak-sample-bagai-siap-hilang-tengah-jalan-sebelum-sampai-makmal macam test urin yang simple-simple...ABG or FBC or HbA1c or DXT (MO suka sangat guna istilah ni...tapi kami lagi suka kalau guna istilah Fasting/Random Blood Sugar)...and other simple test

Kalau di Primer Health pulak test seperti blood sugar by glucometer esp pesakit DM dan saringan CVS...ia bertujuan dekat dengan pesakit, result keluar segera, tak perlu pesakit atau kalau kat hospital staff menunggu keputusan keluar berjam-jam lama tercongok depan makmal-sambil-buat-muka-kesian-ataupun-muka-tak-makan-10-hari

So kalau paramedic lain boleh buat apa gunanya medical lab technician...terkangkang takyah buat keje la ye...manyak cantik muka nko...haa ni citer tak habis nak menyampuk plak korang ni...keje kami dah nama technician kami pantau la mesin-mesin yang paramedic ni guna...betul ke tak korang buat qc...kalau rosak kami gak yang troubleshoot mesin ni...AND kami ada peluang nak buat test-test yang lagi complicated...kata nak kejar target sputum AFB, nak kejar target slaid BFMP, nak result darah biochem annual screening cepat-cepat...dan ada peluang ngan amannya buat QC dan calibration mesin besar-besar kami kat makmal seciput serta sekangkang kera kami tu...

Polisi ini akan dilaksakan secara berperingkat...FMS aku dah siap nak laksanakan menda ni...huhu dia plak terlebih excited...insyaAllah akan menyusul satu mesyuarat penerangan bulan Mei ni

Sabtu, 22 Februari 2014

Menanggung Biawak Orang

Masuk next Monday genap la dua minggu aku jadi penyelaras daerah...oh penyelaras lama dah dapat tukar yek...eh taklah ada je hidup lagi dekat klinik tu...(0.0).....

Bertubi-tubi orang dok tanya aku, ngape dia letak jawatan...soklan ni kena tanya tuan empunya badan sebab beliau seorang yang misterius dan chameleon....tak tahu apa yang beliau fikir...bak kata BFF aku, kita tengok apa game dia lepas ni..

Incas sebelum ni yang paling senior dalam daerah tu, dah ada pos basic pengurusan...compare to me with 7 years of experience i cannot beat her 12 years of working experience plus advance diploma of management...apa yang boleh diharap oleh aku yang lemah ni (ecewah)...

Selagi boleh aku tanak la ambil beban tu tapi 2 orang senior atas aku pun dah menolak sape lagi yang patut buat keje tambahan tu...lagipun as mother of three kinder balik umah nak ngadap keluarga bukan nak ngadap keje 24/7...maybe melampau ngat 24/7 tu tapi tu nak gambarkan betapa kerja tu kadang kala bawak balik umah jua hadonya...ex incas tu memang dah perfect sangat sebab walaupun dah married dia still empty nester...so what the big deal and fuss nak tolak2 kat orang lain...

Takut sangat dengan tanggungjawab...nak lari dari masalah yang dia create sendiri dengan mencampakkan biawak dia suh orang lain bawak...senang hidup camtu ye...takpe la...atas dunia leh macam-macam tapi pembalasan Esa tu cepat je kan....

Takpe la...aku ambik chances ini alongside ngan pertolongan rakan2 senasib untuk recycle biawak ni balik jadi iguana mahal...pastu jangan cubo tadoh tangan nak kan kredit tu sama...you've been given chance but you've messed it up

Rabu, 29 Januari 2014

Sudah disorong bantal masih mahu didodoikan lagi

Sikap segelintir masyarakat Malaysia, sudah diberi kemudahan sudah diberi tunjuk arah masih lagi mahu di tunjuk arahkan...

Ambil contoh di kaunter-kaunter perkhidmatan kerajaan, siap ada sorang penunjuk arah duduk kat situ kejenya dok terang pas sorang-sorang yang datang padahal kat dinding kat tiang penuh tanda arah, arahan macamana nak berurusan dengan lancar still dengan segala usaha tu masih lagi ada yang tak pikap dan tak reti bahasa...

Oleh kerana kerja aku melibatkan perkhidmatan pelanggan, dan kerja plak ngan gomen maka wajib ada segala arahan dan tunjuk arah misalnya macamana nak berurusan dengan kaunter kitorang, maybe tulisan kat kertas arahan tu kecik kami terangkan lagi sila ambil no giliran dekat kaunter sebelah masih lagi salah ambil atau tak tahu nak buat apa, maybe ah so ah go tak paham bahasa melayu so leh maafkan lagi tapi ada yang muda belia pun sama gak...terus lunggun borang dekat kaunter tak bagi salam padahal ada pelanggan tengah di layan kat kaunter tu...so attitude apakah ini...bila ditegur dikata kami garang, komplain masuk paper masuk fb amik gambar bagai...

Cer yang tukang amik gambar tu time dia buat kesalahan kita amik gambar dia plak tayang kat fb ke atau staff kat kaunter komplen masuk akhbar kata pelanggan kurang ajar...bila kami penat masam, di kata kami sombong, aduhai takkan kami nak senyum memanjang, dah penat gula dalam badan pun kurang weh...manis pun dah takde...dahla penat kena plak pelanggan yang banyak songeh lagi la aduhainya...

Kadang-kadang pelik dengan sikap orang sebegini...mahu dilayan seperti raja, bukan mempertikaikan kehendak pelanggan tapi sudah diberi kemudahan tapi tak ambil prihatin...masih mahu dilayan secara persendirian...kalau 10 orang nak dilayan seumpama begitu bukan sahaja membazir masa malah menbazir tenaga untuk tujuan produktif lain serta menyusahkan pengguna lain...

Ada satu peristiwa nak dikongsi, ada seorang wanita berbangsa Melayu mempunyai tahap pendidikan STPM datang untuk check urin...dekat makmal situ sudah ada tunjuk arah ke tandas serta tunjuk arah kaunter spesimen urin...dan oleh kerana dia pelanggan buku merah jambu, maknanya dia akan kerap ke klinik untuk pemeriksaan berkala dan didapati beliau pernah berurusan dengan makmal klinik itu lebih dari sekali tapi beliau masih bertanya di mana tandas dan meletakkan sampel urin di kaunter utama (tempat check darah pesakit/tempat letak kad) di mana ada seorang pelanggan sudah pun duduk di depan kaunter (betul-betul depan pelanggan tu-giler tak sopan langsung dan takde tatatertib)...jika logik seorang yang ada pelajaran setinggi tu mesti beliau perasan tanda arah tu kerana tanda arah tu betul-betul sebelah pintu partition yang memisahkan ruang tandas dan ruang menunggu dan rasanya tunjuk arah tu cukup besar untuk dibaca dari jauh...lagi satu tergamakkah anda meletakkan sesuatu yang najis di tempat orang akan menghulurkan tangan untuk check darah....

Begitulah sikap orang Malaysia, takde tunjuk arah pun salah sudah ada pun tak mahu pulak guna...minda dunia ke 3 bukan minda negara maju

Isnin, 9 Disember 2013

Banjir Edisi Dua

Teman-teman sekerja yang berkhidmat di jabatan pesakit luar baru-baru ni terpilih dalam pasukan tindakan khas banjir...maksudnya kena stanby kes la ni...tak kira besar kecik kes di musim banjir ni semua kes nampak besar walaupun pada hari-hari biasa kes tu boleh sekadar dipantau tak perlu bergegas.

Semalam terdengar cerita big bos daerah mengamuk sebab tak ambil satu kes (tak tahulah kes apa)...tapi apa yang pasti si pencerita merungut sebab mereka semua sangat penat dan kes tu bukan taknak ambil tapi maklum la dah terlampau banyak kes...yalah dari hari mula-mula air melimpah ke jalan mereka dah siap siaga menghadapi segala kemungkinan...dapat rehat kejap je...

Bagi pendapat aku la....memang ye dalam keadaan darurat camni masing-masing cemas, gusar, sedih, gelisah tapi ada yang bermasalah jiwa menda yang boleh bawak bersabar jadi kecoh.

Teringat aku kisah banjir besar sepanjang aku dewasa ni pada tahun 2007 ketika aku berkhidmat di gugusan felda...memang terputus semua jalan menghubungkan dunia luar...hinggakan kes terpaksa di ambil menggunakan heli....sangat epic sebab tu la first dan entah bila nak rasa balik nengok heli turun dekat padang yang agak kecik ambil 2-3 kes yang kumpul skali nak anto...ye la setakat satu baik tak yah kan....kes pertama budak melecur akibat terkena minyak panas atau tersambar api masa atuk dia bakar sampah...(kedua-dua kes tu jadi masa yang agak dekat...keliru yang mana satu)...kes kedua sorang makcik patah tangan masa cuba mandikan suami dia yang lumpuh dalam bilik air...

Aku nak citer ni sepanjang masa terputus hubungan tu, colleague aku kat tempat lama dah stanby hantar ibu mengandung yang dah sarat tu ke hospital besar awal-awal tapi ada nearby public health ni ibu mengandung area jagaan mereka banyak yang degil...last-last ramai yang bersalin kat ABC (alternatif birthing center)...bahaya sungguh...dengan bekalan elektrik yang terhad (TNB putuskan bekalan elektrik sebab pencawang dah tenggelam- dorang terpaksa rely ngan generator)...silap sikit leh memudaratkan nyawa ibu dan bayi...sebab kebanyakan alatan medical ni bergantung pada power supply...air pun takde...yelah dah takde elektric camne umah pam nak berfungsi...

Point kat sini, pihak medical, JPAM, Bomba, Polis, JKR, dah berusaha yang terbaik untuk serve pada community time bencana camni tapi sayang ada yang amik mudah dan anggap banjir ni macam pesta....bila ditimpa musibah mula la nak cari salah orang lain...bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan, jangan dah terhantuk baru nak mengamuk, siap stanby mana-mana yang patut dan lagi satu belajar-belajar la cara-cara pertolongan cemas, sekurang-kurangnya leh bertindak mana yang patut sebelum pertolongan sebenar sampai

Sabtu, 6 Julai 2013

Bila nyawa jadi taruhan- part dua

Cakap pasal kemalangan ambulan, collegue yang terbabit dalm kemalangan tu memang dah trauma giler naik ambulan...even masa dia dikejarkan ke hospital naik ambulan klinik lain, tak henti-henti dia menangis takut terjadi lagi perkara tu...siap cakap dah tak nak oncall naik ambulan lagi dah...(her wish maybe granted sebab klinik kami dah takde ambulan dan terpaksa bergantung ngan ambulan lain)....

Ini kes yang semua selamat...macamana yang kes ada yang mati...orang akan salahkan pemandu ambulan..tak kira apa pun...imej ambulan yang bawak ambulan dengan laju serta melanggar peraturan jalan memang terpahat dalam otak orang...yelah dah nama kecemasan, mesti kena cepat sampai ke kecemasan kan...pesakit yang nak dihantar mestilah yang kritikal...tak bawak dengan laju jadi apa-apa pada pesakit yang menjawab pemandu juga...tapi ada segelintir pemandu yag buat taik ambulan kosong je tapi pasang beacon light serta siren....tu memang salah...

Apa yang orang tak tahu, hanya seorang driver sahaja masa oncall, second call pula stanby jika driver oncall ada kecemasan atau ada hal penting seperti berkursus ke...sekurang-kurangnya ada dua orang driver setiap klinik dan lebih jika klinik besar...bila masa oncall bergantung pada nasib, kes yang perlu dihantar kadangkala lebat kadangkala memang rilek....bila time lebat memang penat giler....ada yang baru balik anta kes kena patah balik anta kes baru....sama gak keadaan pada MA, SN, JM dan PPK oncall....kalau apa-apa terjadi pada pesakit yang kena menjawab mereka-mereka ni lah....tanggungjawab sangat besar...bermain dengan nyawa, masa dan tenaga....nyawa sendiri dan nyawa pesakit, masa dengan keluarga, tenaga yang digunakan untuk tugas yang di amanahkan...

Bagi yang faham akan tugas kami melayan karenah pesakit yang berbagai ragam dan rupa terima kasih dari pihak kami...mereka-mereka ni la yang bagi semangat pada kami untuk meneruskan tugas mencabar ni...bagi yang kekwat tengok kami slack atas bawah, ketahui la kami dah buat sebaik mungkin....persepsi misi garang dan doktor garang sebenarnya berpunca dari karenah pesakit dan birokrasi orang atasan...kemungkinan mereka stress serta letih sebab kami pun manusia...ada masa kami letih ada masa kami pun ada masalah macam orang lain, dan kami pun bukan semuanya mampu handle stress dengan baik...setiap orang kan berbeza....

Dah cakap camni mesti ada pulak yang tempelak...nape gatal gak nak keje macamni....jawapan kami satu je...sape lagi yang sanggup bukan kerja ni...kalau bukan kami

Bila nyawa jadi taruhan

Minggu lepas...tengah sedap berfacebook aku dikejutkan dengan berita yang ambulans klinik tempat aku bekerja terbabit dalam kemalangan maut....alhamdulillah yang meninggal tu bukan collegue aku tapi sedih gak serta takziah pada keluarga arwah...malang tak berbau dan menda nak terjadi...

Selalunya kalau kemalangan yang membabitkan ambulan ni mesti orang letak kesalahan tu pada pemandu ambulan dengan alasan bawak laju, penat, bawak gelojoh sampai keluar la pekeliling dalam KKM yang pemandu yang bawak ambulan kena bawak ikut peraturan jalanraya....aku pun bila dapat tau berita tu nak plak aku diberitahu siapa driver tu, aku pun berspektif yang sama...FYI dan bukan berniat memburukkan orang, si driver tu memang bawak apa-apa pun kenderaan jabatan dengan cara kurang berhemah...boleh dikatakan kami semua mengelak/mengeluh bila terpaksa naik kenderaan yang dia bawak...tapi bila aku jenguk rakan-rakan yang terbabit dalam kemalangan pada malam tu dorang cakap driver tu bawak standard je (tak berapa laju la)....dengan beacon light semua terpasang...sebab dorang on the way hantar kes sakit jantung yang memang kena hantar segera ke hospital sebab dekat kecemasan klinik dorang tak dapat baca tekanan darah si patient....

Selepas beberapa hari kes tu jadi buah mulut orang...mana taknya si arwah tu suami tokey kedai makan, baru pas pantang lak wife dia...pastu dengar plak keluarga si arwah nak saman Pejabat Kesihatan kitorang...uuu memang nak jadi kes betul...sape yang kenal ngan driver tu dok salahkan si driver tapi bagi yang tau citer pulak bersikap sebaliknya....

Aku pernah tengok gambar kereta yang terbabit dalam kemalangan tu...teruk gak kete yang berlanggar ngan ambulan tu, memang total loss...ambulan plak kemungkinan total loss gak, dahla ambulan baru tak sampai setahun tapi tak la seteruk kete tu, maybe sebab dia besar dan berat dan dia menghempap kete tu...dari citer collegue aku yang dok dalam ambulan tu, selepas berlanggar ambulan tu terbalik menghempap kete tu...arwah pulak dipercayai meninggal on the spot patah leher, pemandu dia plak fracture 8 part...tapi alhamdulillah la penumpang dalam ambulan tak cedera teruk cuma lebam-leban...dan yang paling kelakar si pesakit jantung tu elok stabil pas dikejarkan ke hospital selepas kemalangan walaupun cedera kat kepala dia...dan Alhamdulillah gak keluarga pesakit tu tak salahkan pihak klinik atas kejadian yang terjadi...

Dari segi teori kalau driver tu bawak laju dan careless memang dah cedera parah orang yang dalam ambulan tu...nauzubillahminzalik...tapi kita tak tahu cerita sebenar...yang tahu hanyalah si driver ambulan dan driver kereta....

Tapi cerita yang keluar dah macam-macam versi, ada yang salahkan driver ambulan...ada yang salahkan driver kereta...dan cerita penambah perisa tu boleh jadi macam-macam ikut perisa si pencerita...

Dari cerita teman yang kenal dengan keluarga arwah...keluarga arwah nak saman pejabat kesihatan...mereka memang tak puas hati atas kematian arwah...yelah mati katak gitu je...dan kata teman itu lagi, pihak polis kata pemandu kete tu takde lesen...so, memang buat macamana pun memang tak dapat nak saman sebab salah sendiri....tapi ada satu kenyataan yang teman ni dengar dari keluarga arwah tu yang wat jadi orang mixed feeling..."menda ni manusia boleh buat, kita boleh tukar statement".......uuuuuuuuuuu......so chilling


Nota kaki lipan : aku sangat neutral...tak memihak mana-mana ye