Khamis, 27 September 2012

Colouful day in health site

7.00 am- OPD,MCH, makmal, farmasi

PPK masuk sapu lantai,mop, buang sampah, cuci tandas, lap tingkap, kemas bilik, siapkan bed dan strechter

7.30 am- OPD

Staff waktu anjal mula masuk...PPK mula mendaftar masuk pesakit...staff nurse mula membuka kauter saringan...masa ni pesakit dah ada dalam 20 orang dan mula bertambah dan bertambah...

7.45 am-MCH

 Staff mengemaskini rekod-rekod pesakit temujanji dan melawat...ada yang mula menyusun vaksin dalam bilik vaksinasi, ada yang merekod kalibrasi timbang bayi dan timbang biasa, ,merekod suhu peti ais...pesakit mula hadir secara runcit-runcit 

7.30am am- makmal

Staff mula masuk dan menghidupkan mesin analitikal heamatologi, biokimia, urin, bilirubinometer, hb meter, centrifuge...suhu peti ais dicatit, Calibrasi dan QC dijalankan sambil2 tu layan pesakit diabetic yang dah siap disaring dikaunter saringan OPD atau pesakit antenatal dari KKIA

Waktu ni selalunya staff bersarapan bergilir-gilir...kalau tak nanti patient marah, bos pun marah

8 am- OPD
Pesakit mula membanjiri ruang menunggu...PPP oncall ada kes dekat casualty...India mabuk bergaduh..main tetak ngan parang...MO order pesakit ambil darah untuk annual check up untuk pesakit diabetic atau hipetensi...dah ada dua tiga orang pesakit menunggu ambil darah kat bilik pengambilan darah untuk tujuan minum air gula untuk ujian penentuan glucose..

8.30 am- MCH

Sudah ada beberapa orang ibu dan nenek membawa bayi kecil untuk check kuning, ada beberapa orang ibu mengandung datang untuk tujuan berjumpa doktor (kena awal kalau tidak lambat la balik...jumpa doktor kan lama menunggu)

9 am -MCH

Ibu mengandung rutin checkup biasa dan temujanji kanak-kanak mula memenuhi ruang menunggu, ramai yang bawa pengiring tambahan, kanak-kanak yang aktif mengusik barang-barang klinik ada yang mengoyakkan majalah yang disediakan untuk pesakit menunggu tanpa pengawalan penjaga, temujanji bayi check kuning bergilir-gilir datang...JM yang bertugas ada tiga..seorang ambil darah pesakit untuk ibu yang heamaglobin rendah, seorang lagi check bayi yang datang pukul 8.30 pagi tadi nak timbang dah cukup sebulan, seorang lagi nak check perut ibu mengandung...
SN bertugas juga ada tiga...seorang tengah buat pengurusan nak hantar laporan bulan...seorang tengok ibu mengandung yang datang tiba-tiba mengadu perut dah sakit-sakit...seorang lagi tengok bayi check jaundis

8.45am - Makmal

Pesakit semakin ramai check gula dan urin untuk diabetic, check urin dan heamaglobin untuk antenatal serta postnatal, ada pesakit hantar darah yang diambil, ada SN masuk untuk trace result yang tak jumpa cari...MO order sample untuk dihantar ke makmal rujukan...(pesakit ketika ini sudah ada 30 orang depan makmal- semua demand nak cepat)...buat qc mesin biokimia tak masuk...buat correction action...ada 3 JTMP bertugas tapi sorang jaga kaunter, sorang jaga mesin, sorang lagi tengok slaid malaria sambil-sambil staining slaid yang belum proses

8.45 am - Farmasi

Sudah ada 2-3 orang pesakit mula mengambil ubat dan akan bertambah dan bertambah sehingga lah ke tengahari..seorang PPF packing ubat..dua lagi mendispen ubat untuk diberikan kepada pegawai farmasi dia kaunter hadapan

9.45 am -MCH

Ada seorang pesakit membuat kecoh mengatakan dia telah menunggu lama ( dia baru meletakkan kad 5 minit yang lalu) tetapi tidak dilayan dahulu tetapi orang kemudian dia telah dilayan ( sebenarnya orang tu dah ada temujanji tapi yang dia ni walk in je)...Ketua jururawat datang untuk menenangkan beliau..beliau tak puas hati sebab dia nak cepat nak masuk kelas mengajar plak pasni...dia demand nak spesial servis sebab dia goverment servant gak..last-last dia cakap nak buat aduan...katanya mak sedara kepada mak sedara dia kerja kat JKN

10 am- OPD

Di casualty tak berhenti-henti ada pesakit...ada nak cuci luka, ada yang ambil injection sebab sakit perut melampau (darah pun ambil takut appendiks), ada yang eksident tergolek moto nak elak anjing mengawan tengah jalan, ada yang pesakit darah tinggi makan ubat dok rehat kat kecemasan sekejap lagi nak check bp...ada plak budak kecik demam muntah-muntah nak observed suhu dia

Dekat ruang menunggu orang dah mula merungut kena tunggu lama dah sejam tak dapat rawatan...pesakit semakin bertambah..dengan macam-macam ragam...yang tak sakit saje gatal datang nak MC pun ada..PPP ada 2 orang yang tinggal...sorang kat kecemasan sorang lagi kat bilik rawatan check sorang-sorang pesakit...sorang lagi PPP diarahkan pergi kursus, seorang lagi pergi menganti kat klinik lain...MO yang bertugas ada 2 sorang lagi pergi kursus,,Pakar plak tengah tengok spesial kes...

..........................................................................

Ni baru sampai pukul 10...ada klinik kerajaan sampai kul 4 petang pun condition dia camni la...meriah sangat

Nota kaki 1 :

OPD = out patient department (jabatan pesakit luar)
MCH = mother child health clinic ( Klinik ibu dan anak)
Casualty = kecemasan
PPK = pembantu perawatan kesihatan (atendan)
JM = Jururawat masyarakat
SN = Staff nurse
JTMP =Juruteknologi makmal perubatan ( BUKAN pembantu makmal)
PPF = pembantu pegawai farmasi

Nota kaki 2 :

1. mereka ni ada SOP mereka dalam setiap pengendalian kes hatta sekecil-kecil pun..kadang-kadang mereka terpaksa langgar kerana pesakit itu sendiri...so datang tempat orang nak perkhidmatan mereka ikut la cara mereka..bukan ikut cara kita..kalau temujanji pukul 8 datang la pukul 8 bukan datang pukul 10 pastu nak marah-marah..memang la lambat sebab mereka ni check satu-satu...kalau miss satu part nanti tak kalau jadi apa2 mereka2 ni jugak la kena menjawab, kena marah ngan ketua, pesakit yang mereka tengok memang ramai...bukan nak bekap depa tapi jangan kerana nila setitik habis semua hang kata jahat tak guna

2. Jika anda nampak mereka dok berkumpul menyembang sakan tu...jangan ingat dorang dok sentiasa macamtu...masa tu je la mereka dapat lepas lelah dan tension mereka...kena ingat gak..korang2 pun macamtu gak kat tempat keje...takkan takde masa senggang nak bergosip...lagipun sembang hal keje gak..kadang2 je melalut tang menda lain...korang pun sama gak...jangan nak tipu kata takdak...kalau takdak tu hang confirm keje dalam gua batu...ke korang nak dorang ni 24 jam serius buat keje...apa hangpa ingat depa ni robot ke hape...korang pun rajin gak ngulo time pejabat


takde kena mengena ngan menda aku tulis kat atas...kita makan dulu
3. Nape aku tau seme menda ni...haa aku tau la....



 

Sensible driver or setan jalanraya

Its quite sometime i'm being observing our Malaysian motorist and cyclist...some of them are extra-carefull-don't-even-dare-going-beyond-40km/hr...some of them aku-pedulik-hape-jalan-ni-aku-nak-guna...

I thought this phenomenon only occurred to non civillise ex komunis developing town right here but it occurred everywhere...spreading like wild fire...some of them are sensible but most of them are not...

Ever in a day you cursing on someone suddenly drove out from junction meanwhile you've just inch from them...or somebody driving ever so slowly during morning rushing only to find out he/she was speaking on the phone when you finally overtake them...or to a woman driver who drove extra carefull nak bawak kereta pun tak confident..( the later is very dangerous driver...should avoid them coz highly risking to get you into an accident)...

Talking or texting on phone during driving is a big no-no...US is  now banning usage of phone while driving..should we learn something from them...bukan sahaja buat orang rage time nak cepat nak pergi sesuatu tempat tapi sangat la bahaya...tapi kajian mendapati bila anda jawab telefon atau texting ia menyebabkan anda hilang tumpuan masa driving..fatal accident can occured...kita ni konon masyarakat berbudi bahasa...time atas jalan mana pergi semua tu...

Owner kereta pasang lampu putih...lampu isyarat kiri kanan pun warna putih...kalau malam maybe boleh perasan kalau sian lak camno plak tu...satu lagi lampu putih menyebabkan orang yang photosensitif hilang tumpuan...korang nak buat menda ni seme tak piki orang lain...ikut nafsu sendiri je...tu yang jadi banyak yang mati katak/oku secara sia-sia je...so korang pilih la sendiri nak jadi pembunuh or pemandu yang berhemah...ingat orang lain pun nak guna jalan tu bukan nko sorang je


Rabu, 26 September 2012

Mr Ameen 2


Tido lena sangat

Balik dari beli sarap...note kat tangan dia mesti ada toys dia
He 2 years old...still breastfed even not fully...his yoyo weight now has been restored to normal...thanks to Chewies multivits with lysine (came with yummy strawberry vanila flavor...which he love)..his vocab has broaden walaupun pelat tapi boleh tangkap la apa yang dia cakap...

He love calling me,"abu...abu..." (he still can.t pronounce ibu right) till i've answered him..."ye sayang" or "ye manja" and then he will walk away with no more request... satisfied with only that...

His another hobby..he love rides anything he can ride...toy firetrucks, toy tanker, even his beloved donkey plushy...even it doesn't meant to ride...and he love taking a motor rides from anyone..(hui danger betul...senang nak umpan dia ni)...kami takde motor so we can't provide him with that....dah besar nak jadi rossi kot...^^,

Dear handset

Dear handset...you've been with me almost a year and half...now you no longer able to give your loyal service to me...thanks for all the convinience you have given to me...now rest in peace...(huwaaa habis la all the ameen's aerobic dance)...now welcome Sony Ericson Arc S report of duty

Meeting @ Pangkor (really?)




Great meeting with juicy gossips...haha...nice meeting with seniors

Raya 2012....(dah habis raya baru nak update huhu)

Si baju pink tu mak sedara okeh


Eid is just for my kids...this is the best Eid ever with my lil three kids...(dengan selingan drama swasta haha)

Tihani boleh pulak tertinggal kat rumah opah sedara dia tanpa mengetahui rombongan kami dah bergerak ke umah sebelah...


Bermesyuarat sebelum bergerak kutip duit raye




Ini partner kesayangan saya

Ni ntah raya ke berapa tapi mood raya still ada huhu
Day 3 dia hilang sekejap kat Zoo Taiping...hee sabau je la...apa pun ada drama lagi best dari drama hilang anak...(with this experience a proof for me not panic person huhu)