Selasa, 25 Disember 2012

Musim hujan....musim sakit...musim orang bersalin

Semacam trend...semenjak akhir-akhir ni ramai orang datang klinik...yang datang sebab sakit, medical check up untuk PLKN, pakcik makcik ah so ah kong yang berpenyakit kronik (diabetis, darah tinggi dan jantung) serta ibu baru sebulan bersalin....(yang baru nak buat anak hehe)

Ingatkan musim hujan ni takde yang sudi nak jenguk klinik uzur ni tapi makin meriah pulak...nak kejar apa tak tau la...makin lebat hujan makin semangat plak dorang datang klinik tapi yang musykil sket la...masa awal-awal cuti sekolah klinik bagai dilanda garuda...entah kemana pesakit-pesakit tu hilang tak tau la...tau-tau je balik bawak penyakit je huhu

Perosak semangat

Ada hamba-hamba Allah ni ada pangkat sket belagak macam pangkat yang dia ada tu besar sangat...perghhhh...dasyat...dasyat...

Yang buat bertambah sedih punya la dia rasa diri dah besar sangat dengan orang atas dia pun dah redah....perangai huduh betul..

Kenapa ye ramai yang jadi macamtu sekarang ni...tanggungjawab seorang ketua memang besar dan berat tapi ramainya tak bertindak seperti seorang ketua tapi lebih kepada diktator dan gila kuasa....

Dan ironinya selalunya hamba-hamba Allah ni kebanyakkannya kaum hawa....mana pergi ye sifat lemah lembut keibuan mereka...garang tak tentu hala ngan anak buah....kalau lelaki tu faham la kot kena QC kat umah moh juga garang kat tempat kerja hehehehe....(dan lelaki memang perangai mereka tegas dan garang tapi rasanya banyak terbalik dah zaman sekarang ni)....

Penyakit zaman sekarang...punca kemunduran...sape nak kerja dengan semangat berkobar-kobar kalau dapat hamba Allah macamni jadi ketua...aku pun down dibuatnya...

Isnin, 17 Disember 2012

Malaysian attitude...(mentaliti kelas dunia ketiga)

Sebagaimana kita sedia maklum...mentaliti rakyat Malaysia memang sucks...
tapi jangan cepat sangat nak melatah bila saya cakap camni sebab ni pun salah satu gak antara mentaliti Malaysian yang sucks....so sebelum korang nak maki hamun ni sila muhasabah dan tengok ada tak dalam senarai kat bawah ni amalan harian korang

1. Naik kenderaan awam terutama bas berebut-rebut macam dunia nak kiamat tak kira ada anak kecik ke or warga emas ke or ibu hamil ke or ibu dukung anak kecik ke pastu bila dapat seat anda buat slumber je macam OKU tanak bagi seat pada yang memerlukan...

2. Bila ikut gi rombongan cik kiah...naik bas berebut-rebut lepas tu dapat seat anda tag untuk member anda jadi orang lain tak dapat duduk seat tu....padahal ada orang lain lebih memerlukan seat tapi anda buat slumber je macam situasi di atas...

3. Anda makan/minum menda and tapau kat tempat-tempat seperti berikut Masjid/ Taman Awam/ tempat berkelah seperti pantai atau sungai anda dengan tak tahu malu buang sampah kat tempat tak sepatutnya padahal tong sampah ada je kat situ...

4. Secara suka-suka menjahanamkan harta benda yang disediakan tak kira kerajaan mahupun persendirian untuk kemudahan ramai contohnya tong sampah, telefon, tandas awam ect

5. Tak menghormati orang lain dan mementingkan diri sendiri terutama atas jalanraya...

6. Suka ambil jalan mudah tak suka berusaha...suka mengharapkan belas ikhsan orang lain dan malas merubah diri sendiri

7. Mudah percaya pada scam, nak cepat kaya dengan kadar segera tapi malas nak selidik latarbelakang sebuah pelaburan

8. Bilamana anda seorang bos anda mahu pekerja anda deliver more sehingga ada yang terpaksa stayback dan overtime tapi anda cukup liat nak bayar OT dan menghargai dedikasi pekerja anda dan juga anda yang muka tak tahu malu menerima segala kredit hasil usaha pekerja anda padahal anda senang-senang pula main golf ngan pelanggan..

9. Bos juga...tak pernah nak turun padang bersama-sama dengan pekerja/ orang bawahan untuk sama-sama jayakan sesuatu projek..yang anda nak tahu semua assigment siap on time...

10. Bos juga...jarang memantau aktiviti pekerja mana yang culas tapi kuat kipas mana yang betul-betul bekerja tapi yang dapat segala penghargaan pada kaki kipas...

11. Pekerja pula...suka buat kerja separuh jalan tapi kuat ngulor...tapi bab payment selalu nak lebih dan pula kuat merungut bila bos bagi assignment

12. Pekerja lagi...terutama kat kaunter...nak layan custemer macam nak taknak je...tapi gaji nak...bila orang komplen dia marah balik tapi memang perkhidmatan tahap cipan

13.Pekerja lagi...suka pegi ngeteh makan lama-lama esp gov....kalau yang perempuan suka curik masa keluar shopping...

14. Balik semula kat bos...suka buat peraturan tu peraturan ni tapi penguatkuasaan zero...

15. Buat akta dan peraturan tapi penguatkuasaan zero...

16. Berurusan ngan gov banyak sangat birokrasi sampai menyusahkan menda yang simple...

17. Mengamalkan budaya jangan jaga tepi kain orang...anak-anak/sanak saudara buat apa je yang menyalahi agama dan norma masyarakat ketimuran.

18. Budaya tak boleh ditegur, diri sendiri je betul orang lain tak...   

19. Budaya malas belajar dan suka ambil jalan mudah...budaya tak mau berusaha dan suka mencari alasan tapi mau hidup senang..

20. Budaya show-off....

21. Budaya suka mengabihkan duit atas benda sia-sia...hobi tu hobi juga tapi kena fikir menda lagi penting dari hobi tu....ni dahla duit dapur liat nak bagi tapi tang hobi dia sanggup berabih tak ingat ada tanggungan lain siap buat loan lagi...

22. Budaya suka memperlekehkan orang lain serta rasis...

23. Budaya ambil mudah dan kurang tanggungjawab sosial....nampak ada orang buat salah tapi tak berani nak tegur...

24. Budaya nak keje gov sebab senang nak buat loan, dah buat loan pi perabih menda-menda tak patut...mak bapak kalau ada anak baru masuk keje gov suh buat loan sebab nak baiki/tambah/renovate rumah yang rumah tu pun tak tentu dapat kat anak keje gomen tu...


Kalau anda rasa ada benda-benda tu dalam diri kita...macamana maju pun negara kita last-last end up macam US...negara maju tapi menteliti kelas ketiga.....

Sebaik-baiknya berubahla, tak rugi pun kalau berubah...sok generasi akan datang tak la makin haramjadah macam budak-budak remaja macam sekarang.... 

Isnin, 12 November 2012

Bila breastfeeding menjadi isu

Aku suka baca satu blog memang wajib tiap-tiap kali buka internet...aku suka sebab blogger dia ada pandangan tersendiri tentang sesuatu perkara....

Baru-baru ni dia kupas (yeke kupas...takde term yang lebih elok dalam paler ni) pasal isu NIP...singkatan nursing in public...pandangan dia sebagai seorang suami dan ayah kepada seorang bayi yang menyusu badan sepenuhnya amat kontras dengan perjuangan NIP...

Bagi aku la..ada pro dan con dalam memperjuangkan NIP...bagi aku yang juga menyusukan anak aku segan nak NIP tapi bila keadaan memaksa aku terpaksa NIP gak...

Apa yang bagus NIP ni kalau ibu-ibu ada keperluan yang memerlukan dia terpaksa keluar ke tempat yang memang takde bilik penyusuan ni..contoh on the way balik dari ambil dia dari nanny dia, sangkut dalam jem dan dia nak nenen...nak tunggu sampai rumah entah bila-bila maka NIP leh dipraktikkan...takkan kita bantai nak pam plak tengah-tengah melalak tu nak bagi dalam botol kan...lagipun mengikut pengalaman saya la dan cerita ibu-ibu yang lain...anak-anak bila dengan kita dia memang taknak botol..dia nak terus gayut...ada satu aroma yang dorang sangat-sangat suka pada cap gantung tu...

Yang kurang pasal NIP ni yelah ia menimbulkan perasaan kurang selesa pada orang awam...orang Malaysia masih taboo dalam hal-hal menyusu anak depan public...pakai macamana sekalipun dorang tetap pandang serong....Nak educate orang yang sangat konservatif kat Malaysia ni sangat payah sebagaimana payahnya menukar kefahaman politik mereka...sedangkan orang yang memperjuangkan penyusuan ibu ni pun dah dipandang 360 degree serongnya..apatah lagi NIP ni....

NIP ni bukan baru dalam masyarakat kita...zaman tok nenek nyang kita dulu kala yang belum tercemar ngan botol dan susu formula...rasanya aku la ok je dorang NIP (sebab aku pernah tengok mak-mak orang masa aku kecik kenot )....lagipun orang zaman tu mana merayap gi Ikea bagai kan...lau NIP pun setakat jiran sebelah rumah je...tapi seiring dengan modernisasi orang Malaysia ni...benda yang jadi common jadi pelik dan menjengkelkan....ya benda baik memang menjengkelkan mata...perempuan yang baligh memakai baju adiknya sampai tersembul mana-mana bonjolan yang ada tidak pula pelik pada pandangan mata...

NIP...bukan solusi setiap masa tapi nak wujudkan bilik menyusu pada setiap tempat agak mustahil...kerana bukan semua tempat itu sesuai nak diwujudkan nursing room...macam tempat perkelahan air terjun ke or tempat perhentian bas or dalam bas...bayi nak menyusu bukan kira tempat...takkan kita nak tahan lapar dahaga bayi tu semata-mata segan dan aurat semasa NIP...buatnya perjalanan bas itu lama berjam-jam nak sumbat baby tu dengan apa...jadi tak boleh nak salahkan NIP...itu dah jadi keperluan semasa...kalau boleh nak elak....kalau terdesak maka apa salahnya...lagipun ibu bapa zaman sekarang bukan macam ibu bapa zaman dahulu kala lepas kerja dok kat rumah tak merayap mana-mana...

Rabu, 7 November 2012

Similarity?

Jika anda try google Cloud of Ami Nova...anda akan jumpa Aminova soundcloud...kebetulan...hell yeah...never thought it exist anyway...its surprised me too...whatever it is, the idea of my blog name just came by just like that..so its nothing to do with Aminova Soundcloud...peace

Selasa, 6 November 2012

Sweet November rain



I like rain better than summer heat..even it wet but it doesn't bother me much..(but some sunny ray may needed to dry my laundry ^^,) 

Rain...often related with sadness and pain but when we look beyond it there something about rain..enchanted and magical...even its rain cat and dog..when you listen real hard to it..you may found it fascinating...like gloomy lullaby of the unfortunate...

Its rain here and then...it make you wet...its give you flood...it may take away what belong to you...but at the end of the day...there is something its reward you back...only we human either see it or not...


Isnin, 29 Oktober 2012

Zaman inflasi atau kita takde kuasa membeli

Dalam diam-diam aku berjinak-jinak dengan dunia perniagaan...bukan apa, nak tambah income yang memang tak pernah cukup...combined gaji kami laki bini pun memang tak banyak..maklumla keje gomen gaji pun gomen je la...lain la keje swasta gaji riban-riban...dengan gaji seciput tu la nak sara 3 orang anak, nak bagi mak ayah lagi, nak bayar segala macam bil, duit minyak kete dan bla bla bla....

Sekarang ni pegi la shopping bawak rm500 sekejap je habis tu pun ada belen barang-barang yang tercicir tak terbeli...tu baru barang dapur and keperluan umah...nak beli baju selai pun pikir patploh kali....

Kalau kita imbas balik pada 5 tahun dahulu....dalam masa tu deras sangat harga barang naik...tiap-tiap tahun naik tapi gaji liat betul nak naik...bonos pun bagi sket-sket tu pun siap ada yang dengki...apa ingat kami keje gomen dok goyang kaki makan gaji buta ke hah....kami dah tahap stress keje ngan berokrasi gomen yang macam-macam ni....nak itu nak ini nak bla bla bla dan nak segera...telepon kul 4.30pm suh present sok pagi kul 8...hamik nko...sape ada kemudahan internet komputer tu alhamdulillah la...tapi kalau takde kena pakai benda kongsi ni ngadap la...dok la kat pejabat ngan muka belacan kena siapkan benda yang nak segera tu...bukan boleh claim pun...


Lagi satu time harga naik beria la kita kecoh tapi pastu jadi la melayu mudah lupa dan redha terima apa yang ada...ngan alasan negara lain lagi mahal...negara lain mahal gaji dorang pun mahal gak...nape kita yang gaji yang tak seberapa kerat ni leh terima dan sanggup ngan harga merepek macamtu...sekarang ni nak makan lauk simple ayam dan sayur serta air sirap limau dah rm7...ni kat tempat pendalaman ni...compare ngan 6 tahun lalu masa memula keje harga hanya 4.50...so salah kat mana tu..takkan setakat harga gula naik 20sen nak pi naik harga air segelas pun 20 sen gak...ke memang kita ni suka mengkayakan puak-puak cekik leher ni...

Yang peliknya ada peniaga mampu menawarkan harga yang murah dengan makanan berkualiti walaupun ada barang basic yang naik harga...tapi selalunya orang macamni kena ugut, kena pulau dek persatuan peniaga cekik leher ni...nanti dorang takleh nak kaut untung nak gi haji balik hari...

So apa respon aku ngan situasi macamni...bawak bekal masak sendiri...lagi jimat dari beli tapau....

 

Isnin, 15 Oktober 2012

Mr Ameen 3

Vrooommm...

Cek tayar dulu
Lately i've been noticed my little Ameen has developing a new habit...while 'driving' his wheeled tank...he add sound effect and some sprinkling shower huhu

Khamis, 11 Oktober 2012

Sensible driver or setan jalanraya 2

Situasi 1

Beberapa lori yang sarat dengan muatan parking dekat sebelah sign no parking sebab menghalang pandangan orang nak keluar masuk sebuah klinik kesihatan

Situasi 2

Sebuah kereta 4x4 menyalakan lampu signal nak masuk simpang..sebuah kereta dari simpang itu keluar dengan menyangka 4x4 tadi nak masuk simpang tapi dihon oleh 4x4 tu yang rupanya nak jalan terus....

Situasi 3

Sebuah kereta mewah tanpa memberi signal terus pancung masuk ke dalam simpang tanpa mempedulikan orang yang nak keluar simpang (makan jalan orang)


Bagi aku tiga-tiga situasi tu samada baghal atau monyet yang bawak kereta...kalau manusia dia tau undang-undang....

Ahad, 7 Oktober 2012

Cara menikmati maggi yang paling epic










I didn't teach them to eat this but kids looooveee this so much...on recent evening tea, my MIL treat them (my kids) with this...and look the way he enjoyed it......( can't help but chuckled...mamai-mamai bangun tido ngadap megi dulu huhu)

Fiesta kat tempat aku

Jamuan Rakyat - nak layanan VIP? jadilah artis dan sekutu-sekutunya....(jika anda gagal jadi YB dan sewaktu dengannya)


Abe gagoh angkat kerusi



Asal ada fiesta adalah menda alah ni buat rabak poket mak ayah


Hasil pemprosesan kelapa sawit serta terbitannya...

Kat booth KooP....best gak...macam-macam ada....



Booth nursery bunga



Macam kat cameron jual menda ni


Pameran kereta antik

Sempat bergambar ngan pelawak Abon


Malam sebelum tu ada ceramah agama oleh Dr Fatma Al Zahra....arininya segala artis keluar...so ironic huahuahua

Asal ada menda macamni ada plak gerai jual tudung, jual baju t-shirt murah, jual mainan budak-budak.....ingat ni pasar malam/tani ke nak jual menda camtu...cer la cari menda lain dari yang lain jual kat tapak ekspo macamni...macam abang jual strawberi coklat tu...baru semangat nak pegi....

Rabu, 3 Oktober 2012

Rage kejap

I'm pissing off grrr...
I love my jobs but what i didn't like is the work that doesn't relate with my jobs that i had to do...especially when my boss wants it STAT ( a.k.a urgent )....the shit is.... it supposed to be done by them but they passed it to me(?)...what on earth they thinking...bunch of bossy

Menenen atau membotol

Seriously i am a breastfeeding mother...i'm not shy talking about it in public...because i know the benefit of every single drop of my milk to my kids....

Saya suka dan saya cinta menyusu badan...dan saya akan rindu saat anak-anak saya menempel kat saya TAPI paling saya tak boleh blah orang yang taknak menyusukan anaknya atau hanya menyusukan separuh jalan sebab tak sepenuh hati MEMPERLEKEHKAN keputusan ibu-ibu seperti kami menyusukan bayi kami sepenuhnya....

Kami hormat keputusan anda tidak menyusukan anak anda sebab sayang payudara anda jadi layut ke atau geli anak anda menenen kat payudara anda ke atau susah nak tinggal untuk bekerja ke....jangan plak anda jeles ngan kami yang berjaya menyusukan anak sebab kami cekal, kami rajin berusaha dan tak putus asa cari jalan macamana nak teruskan penyusuan ibu pada anak-anak kami maka anda mempelecehkan kami dengan ayat-ayat yang tak sepatutnya...

Tolong hormati keputusan kami untuk menjadi ibu-ibu yang menunaikan hak bayinya menyusu badan sampai dua tahun sebab itulah tuntutan di dalam al-quran...jika anda nak argue ngan kami sila la argue dengan si Dia yang menurunkan ayat tersebut...Allah kurniakan dua payudara tu bukan nak jadikan alat hiasan semata-mata...gunanya untuk memberi makan pada bayi anda...alasan-alasan yang anda beri tu tak munasabah lagi tak munaserawak...hendak seribu daya...tak hendak seribu dalih...sekian...

P/S gambar di atas rembat jap dari FB Boba.....natural parenting is the best and should be given to our children.....

Karnival Jelajah Sihat

Jadi tak 'sihat' lama sangat berjemur tengah panas



Rupa sebenar orang disebalik maskot...panas woi...kesian member
Germbuster dan geng koir bergambar




















Baru-baru ni ada program ni buat kat area kitorang...ni aksi belakang tabir yang dirakamkan sementara tunggu Yang Berhormat sampai....janji kul 11 sampai kul 12.30....very the Malaysian...no attitude for timekeeping....




Isnin, 1 Oktober 2012

Bila ada apa dengan nama......(di Malaysia)

Melayu dari dulu amat menyanjung orang yang berpangkat...sangat-sangat la menyanjung hatta yang berpangkat tu cuma la ketua kampung..tak sanjung pun dia takut sangat....sampai takut kat orang tu lagi dari takut tuhan....

Berbanding dengan negara maju yang lain, Malaysia yang dikatakan negara maju ni masih ada perangai zaman tok kaduk ni....kalau orang yang ada-ada ni buat salah pun oh takpe...boleh je...oh anda halal buat macamtu...

Emm bukan ke kita ni nanti seme jumpa ngan tanah semula...pakai kapan putih buat dari kain murah punya...kena hisab pun sama-sama gak kat akhirat nanti...nape perlu kita beria tunduk menyembah-nyembah orang-orang berpangkat tu lebih dari nko sembah tuhan rabbul alamin...kenapa yek...dia bagi nko rezeki ke...dia ke bagi nyawa yang nko kelek ke hulu ke hilir selama ni...

Bagi point of view aku la..dari nko berusaha bersungguh-sungguh meraikan orang yang belum tentu meraikan nko baik nko baiki relation nko ngan tuhan nko...bukan apa aku kesian nko buat la sehabis baik la nak nyambut dia tapi ada ke dia pandang nko tu melainkan nko tu berkepentingan kat dia.....

Dan tak payah la merendahkan maruah anda semata-mata nak menyenangkan golongan ada-ada...cukup anda hormat mereka sebagai ketua kita,ketua masyarakat, ketua negara...tapi mereka tetap manusia biasa, luka keluar darah gak....







Khamis, 27 September 2012

Colouful day in health site

7.00 am- OPD,MCH, makmal, farmasi

PPK masuk sapu lantai,mop, buang sampah, cuci tandas, lap tingkap, kemas bilik, siapkan bed dan strechter

7.30 am- OPD

Staff waktu anjal mula masuk...PPK mula mendaftar masuk pesakit...staff nurse mula membuka kauter saringan...masa ni pesakit dah ada dalam 20 orang dan mula bertambah dan bertambah...

7.45 am-MCH

 Staff mengemaskini rekod-rekod pesakit temujanji dan melawat...ada yang mula menyusun vaksin dalam bilik vaksinasi, ada yang merekod kalibrasi timbang bayi dan timbang biasa, ,merekod suhu peti ais...pesakit mula hadir secara runcit-runcit 

7.30am am- makmal

Staff mula masuk dan menghidupkan mesin analitikal heamatologi, biokimia, urin, bilirubinometer, hb meter, centrifuge...suhu peti ais dicatit, Calibrasi dan QC dijalankan sambil2 tu layan pesakit diabetic yang dah siap disaring dikaunter saringan OPD atau pesakit antenatal dari KKIA

Waktu ni selalunya staff bersarapan bergilir-gilir...kalau tak nanti patient marah, bos pun marah

8 am- OPD
Pesakit mula membanjiri ruang menunggu...PPP oncall ada kes dekat casualty...India mabuk bergaduh..main tetak ngan parang...MO order pesakit ambil darah untuk annual check up untuk pesakit diabetic atau hipetensi...dah ada dua tiga orang pesakit menunggu ambil darah kat bilik pengambilan darah untuk tujuan minum air gula untuk ujian penentuan glucose..

8.30 am- MCH

Sudah ada beberapa orang ibu dan nenek membawa bayi kecil untuk check kuning, ada beberapa orang ibu mengandung datang untuk tujuan berjumpa doktor (kena awal kalau tidak lambat la balik...jumpa doktor kan lama menunggu)

9 am -MCH

Ibu mengandung rutin checkup biasa dan temujanji kanak-kanak mula memenuhi ruang menunggu, ramai yang bawa pengiring tambahan, kanak-kanak yang aktif mengusik barang-barang klinik ada yang mengoyakkan majalah yang disediakan untuk pesakit menunggu tanpa pengawalan penjaga, temujanji bayi check kuning bergilir-gilir datang...JM yang bertugas ada tiga..seorang ambil darah pesakit untuk ibu yang heamaglobin rendah, seorang lagi check bayi yang datang pukul 8.30 pagi tadi nak timbang dah cukup sebulan, seorang lagi nak check perut ibu mengandung...
SN bertugas juga ada tiga...seorang tengah buat pengurusan nak hantar laporan bulan...seorang tengok ibu mengandung yang datang tiba-tiba mengadu perut dah sakit-sakit...seorang lagi tengok bayi check jaundis

8.45am - Makmal

Pesakit semakin ramai check gula dan urin untuk diabetic, check urin dan heamaglobin untuk antenatal serta postnatal, ada pesakit hantar darah yang diambil, ada SN masuk untuk trace result yang tak jumpa cari...MO order sample untuk dihantar ke makmal rujukan...(pesakit ketika ini sudah ada 30 orang depan makmal- semua demand nak cepat)...buat qc mesin biokimia tak masuk...buat correction action...ada 3 JTMP bertugas tapi sorang jaga kaunter, sorang jaga mesin, sorang lagi tengok slaid malaria sambil-sambil staining slaid yang belum proses

8.45 am - Farmasi

Sudah ada 2-3 orang pesakit mula mengambil ubat dan akan bertambah dan bertambah sehingga lah ke tengahari..seorang PPF packing ubat..dua lagi mendispen ubat untuk diberikan kepada pegawai farmasi dia kaunter hadapan

9.45 am -MCH

Ada seorang pesakit membuat kecoh mengatakan dia telah menunggu lama ( dia baru meletakkan kad 5 minit yang lalu) tetapi tidak dilayan dahulu tetapi orang kemudian dia telah dilayan ( sebenarnya orang tu dah ada temujanji tapi yang dia ni walk in je)...Ketua jururawat datang untuk menenangkan beliau..beliau tak puas hati sebab dia nak cepat nak masuk kelas mengajar plak pasni...dia demand nak spesial servis sebab dia goverment servant gak..last-last dia cakap nak buat aduan...katanya mak sedara kepada mak sedara dia kerja kat JKN

10 am- OPD

Di casualty tak berhenti-henti ada pesakit...ada nak cuci luka, ada yang ambil injection sebab sakit perut melampau (darah pun ambil takut appendiks), ada yang eksident tergolek moto nak elak anjing mengawan tengah jalan, ada yang pesakit darah tinggi makan ubat dok rehat kat kecemasan sekejap lagi nak check bp...ada plak budak kecik demam muntah-muntah nak observed suhu dia

Dekat ruang menunggu orang dah mula merungut kena tunggu lama dah sejam tak dapat rawatan...pesakit semakin bertambah..dengan macam-macam ragam...yang tak sakit saje gatal datang nak MC pun ada..PPP ada 2 orang yang tinggal...sorang kat kecemasan sorang lagi kat bilik rawatan check sorang-sorang pesakit...sorang lagi PPP diarahkan pergi kursus, seorang lagi pergi menganti kat klinik lain...MO yang bertugas ada 2 sorang lagi pergi kursus,,Pakar plak tengah tengok spesial kes...

..........................................................................

Ni baru sampai pukul 10...ada klinik kerajaan sampai kul 4 petang pun condition dia camni la...meriah sangat

Nota kaki 1 :

OPD = out patient department (jabatan pesakit luar)
MCH = mother child health clinic ( Klinik ibu dan anak)
Casualty = kecemasan
PPK = pembantu perawatan kesihatan (atendan)
JM = Jururawat masyarakat
SN = Staff nurse
JTMP =Juruteknologi makmal perubatan ( BUKAN pembantu makmal)
PPF = pembantu pegawai farmasi

Nota kaki 2 :

1. mereka ni ada SOP mereka dalam setiap pengendalian kes hatta sekecil-kecil pun..kadang-kadang mereka terpaksa langgar kerana pesakit itu sendiri...so datang tempat orang nak perkhidmatan mereka ikut la cara mereka..bukan ikut cara kita..kalau temujanji pukul 8 datang la pukul 8 bukan datang pukul 10 pastu nak marah-marah..memang la lambat sebab mereka ni check satu-satu...kalau miss satu part nanti tak kalau jadi apa2 mereka2 ni jugak la kena menjawab, kena marah ngan ketua, pesakit yang mereka tengok memang ramai...bukan nak bekap depa tapi jangan kerana nila setitik habis semua hang kata jahat tak guna

2. Jika anda nampak mereka dok berkumpul menyembang sakan tu...jangan ingat dorang dok sentiasa macamtu...masa tu je la mereka dapat lepas lelah dan tension mereka...kena ingat gak..korang2 pun macamtu gak kat tempat keje...takkan takde masa senggang nak bergosip...lagipun sembang hal keje gak..kadang2 je melalut tang menda lain...korang pun sama gak...jangan nak tipu kata takdak...kalau takdak tu hang confirm keje dalam gua batu...ke korang nak dorang ni 24 jam serius buat keje...apa hangpa ingat depa ni robot ke hape...korang pun rajin gak ngulo time pejabat


takde kena mengena ngan menda aku tulis kat atas...kita makan dulu
3. Nape aku tau seme menda ni...haa aku tau la....



 

Sensible driver or setan jalanraya

Its quite sometime i'm being observing our Malaysian motorist and cyclist...some of them are extra-carefull-don't-even-dare-going-beyond-40km/hr...some of them aku-pedulik-hape-jalan-ni-aku-nak-guna...

I thought this phenomenon only occurred to non civillise ex komunis developing town right here but it occurred everywhere...spreading like wild fire...some of them are sensible but most of them are not...

Ever in a day you cursing on someone suddenly drove out from junction meanwhile you've just inch from them...or somebody driving ever so slowly during morning rushing only to find out he/she was speaking on the phone when you finally overtake them...or to a woman driver who drove extra carefull nak bawak kereta pun tak confident..( the later is very dangerous driver...should avoid them coz highly risking to get you into an accident)...

Talking or texting on phone during driving is a big no-no...US is  now banning usage of phone while driving..should we learn something from them...bukan sahaja buat orang rage time nak cepat nak pergi sesuatu tempat tapi sangat la bahaya...tapi kajian mendapati bila anda jawab telefon atau texting ia menyebabkan anda hilang tumpuan masa driving..fatal accident can occured...kita ni konon masyarakat berbudi bahasa...time atas jalan mana pergi semua tu...

Owner kereta pasang lampu putih...lampu isyarat kiri kanan pun warna putih...kalau malam maybe boleh perasan kalau sian lak camno plak tu...satu lagi lampu putih menyebabkan orang yang photosensitif hilang tumpuan...korang nak buat menda ni seme tak piki orang lain...ikut nafsu sendiri je...tu yang jadi banyak yang mati katak/oku secara sia-sia je...so korang pilih la sendiri nak jadi pembunuh or pemandu yang berhemah...ingat orang lain pun nak guna jalan tu bukan nko sorang je


Rabu, 26 September 2012

Mr Ameen 2


Tido lena sangat

Balik dari beli sarap...note kat tangan dia mesti ada toys dia
He 2 years old...still breastfed even not fully...his yoyo weight now has been restored to normal...thanks to Chewies multivits with lysine (came with yummy strawberry vanila flavor...which he love)..his vocab has broaden walaupun pelat tapi boleh tangkap la apa yang dia cakap...

He love calling me,"abu...abu..." (he still can.t pronounce ibu right) till i've answered him..."ye sayang" or "ye manja" and then he will walk away with no more request... satisfied with only that...

His another hobby..he love rides anything he can ride...toy firetrucks, toy tanker, even his beloved donkey plushy...even it doesn't meant to ride...and he love taking a motor rides from anyone..(hui danger betul...senang nak umpan dia ni)...kami takde motor so we can't provide him with that....dah besar nak jadi rossi kot...^^,

Dear handset

Dear handset...you've been with me almost a year and half...now you no longer able to give your loyal service to me...thanks for all the convinience you have given to me...now rest in peace...(huwaaa habis la all the ameen's aerobic dance)...now welcome Sony Ericson Arc S report of duty

Meeting @ Pangkor (really?)




Great meeting with juicy gossips...haha...nice meeting with seniors

Raya 2012....(dah habis raya baru nak update huhu)

Si baju pink tu mak sedara okeh


Eid is just for my kids...this is the best Eid ever with my lil three kids...(dengan selingan drama swasta haha)

Tihani boleh pulak tertinggal kat rumah opah sedara dia tanpa mengetahui rombongan kami dah bergerak ke umah sebelah...


Bermesyuarat sebelum bergerak kutip duit raye




Ini partner kesayangan saya

Ni ntah raya ke berapa tapi mood raya still ada huhu
Day 3 dia hilang sekejap kat Zoo Taiping...hee sabau je la...apa pun ada drama lagi best dari drama hilang anak...(with this experience a proof for me not panic person huhu)