Aku suka baca satu blog memang wajib tiap-tiap kali buka internet...aku suka sebab blogger dia ada pandangan tersendiri tentang sesuatu perkara....
Baru-baru ni dia kupas (yeke kupas...takde term yang lebih elok dalam paler ni) pasal isu NIP...singkatan nursing in public...pandangan dia sebagai seorang suami dan ayah kepada seorang bayi yang menyusu badan sepenuhnya amat kontras dengan perjuangan NIP...
Bagi aku la..ada pro dan con dalam memperjuangkan NIP...bagi aku yang juga menyusukan anak aku segan nak NIP tapi bila keadaan memaksa aku terpaksa NIP gak...
Apa yang bagus NIP ni kalau ibu-ibu ada keperluan yang memerlukan dia terpaksa keluar ke tempat yang memang takde bilik penyusuan ni..contoh on the way balik dari ambil dia dari nanny dia, sangkut dalam jem dan dia nak nenen...nak tunggu sampai rumah entah bila-bila maka NIP leh dipraktikkan...takkan kita bantai nak pam plak tengah-tengah melalak tu nak bagi dalam botol kan...lagipun mengikut pengalaman saya la dan cerita ibu-ibu yang lain...anak-anak bila dengan kita dia memang taknak botol..dia nak terus gayut...ada satu aroma yang dorang sangat-sangat suka pada cap gantung tu...
Yang kurang pasal NIP ni yelah ia menimbulkan perasaan kurang selesa pada orang awam...orang Malaysia masih taboo dalam hal-hal menyusu anak depan public...pakai macamana sekalipun dorang tetap pandang serong....Nak educate orang yang sangat konservatif kat Malaysia ni sangat payah sebagaimana payahnya menukar kefahaman politik mereka...sedangkan orang yang memperjuangkan penyusuan ibu ni pun dah dipandang 360 degree serongnya..apatah lagi NIP ni....
NIP ni bukan baru dalam masyarakat kita...zaman tok nenek nyang kita dulu kala yang belum tercemar ngan botol dan susu formula...rasanya aku la ok je dorang NIP (sebab aku pernah tengok mak-mak orang masa aku kecik kenot )....lagipun orang zaman tu mana merayap gi Ikea bagai kan...lau NIP pun setakat jiran sebelah rumah je...tapi seiring dengan modernisasi orang Malaysia ni...benda yang jadi common jadi pelik dan menjengkelkan....ya benda baik memang menjengkelkan mata...perempuan yang baligh memakai baju adiknya sampai tersembul mana-mana bonjolan yang ada tidak pula pelik pada pandangan mata...
NIP...bukan solusi setiap masa tapi nak wujudkan bilik menyusu pada setiap tempat agak mustahil...kerana bukan semua tempat itu sesuai nak diwujudkan nursing room...macam tempat perkelahan air terjun ke or tempat perhentian bas or dalam bas...bayi nak menyusu bukan kira tempat...takkan kita nak tahan lapar dahaga bayi tu semata-mata segan dan aurat semasa NIP...buatnya perjalanan bas itu lama berjam-jam nak sumbat baby tu dengan apa...jadi tak boleh nak salahkan NIP...itu dah jadi keperluan semasa...kalau boleh nak elak....kalau terdesak maka apa salahnya...lagipun ibu bapa zaman sekarang bukan macam ibu bapa zaman dahulu kala lepas kerja dok kat rumah tak merayap mana-mana...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan