Buka Fb rata-rata dok promote barang jualan masing-masing...OK la tu ada inisiatif nak majukan diri, nak menambah pendapatan dan duit poket sendiri...
Tapi ada rules of thumb la nak jual barang tu...
-Kalau barang tu produk kecantikan pastikan produk tu berdaftar ngan KKM dulu baru jual...kalau tidak ada sama-sama la dapat saham subahat menjual barang yang membawa mudarat pada orang lain
-Kalau jual garment tak kira tudung ke baju ke...jangan tag gmbar tu sampai annoying orang lain...elok-elok dah ada kepingin nak beli (prospek custumer) takut menyampah terus dislike anda
-Layan bakal pelanggan anda dengan segera terutama yang minta PM...buat cara cam cina, biar pun tak membeli tapi pengalaman berurusan ngan anda tu bakal menarik dorang tu datang semula ke page anda...
-Avoid testimoni yang merepek...tak semua orang bodoh sangat nak percaya tu betul-betul testimoni dari pelanggan anda...nak testimoni buat betul-betul jangan tangkap muat je...copy paste dari tempat lain ke...
Sebagai peniaga jangan malas timba ilmu nak kembangkan bisnes anda...jual barang bukan satu-satunya cara buat duit...ada banyak lagi cara
Sabtu, 25 Mei 2013
Demam PRU13 yang masih bersisa
Rezeki yang tak dipinta tapi Allah nak bagi so dengan jayanya jadi Kerani Pengundian masa PRU13 aritu...
Secara harfiahnya memang pas PRU13 tu memang aku demam sebab letih melampau pastu partner aku bawak balik virus selsema T_T
Aku bukan nak citer pasal demam tu (sampai arini still ada lagi sisa batuk-batuk demam aritu) tapi pandangan aku sebagai KP dan citer-citer pelik PRU13
- PM kita menang besar di Parlimen Pekan dengan 80k pengundi
Pengundi di Kuantan 50k++ dan pengundi di Temerloh pun 50k...sebagai orang yang dok Pahang dan umum orang Pahang tahu Kuantan adalah ibu negeri dan Temerloh adalah bandar kedua terbesar di Pahang ngan ura-ura nak dijadikan ibu negeri dalam beberapa tahun akan datang...serta Pekan walaupun bandar Diraja tak ramai penduduk kat sana....
Yang peliknya mana datang lagi extra 30k penduduk Pekan tu....
- Gambar yang dikatakan SPR sebagai lakonan blackout
Sebagai petugas SPR yang rasmi kami dah sign akuan kerahsiaan...meaning takde rakaman dalam bentuk foto atau video dalam saluran mengundi....
Selepas siap mengira undi kami seal kertas undi dalam kotak undi ngan mouse tail dan tali siap dengan seal kertas yang telah siap di sign oleh agen...semua barang-barang seperti bakul kertas untuk asing kertas undi tu kami pulang kat SPR balik setiap menda
Yang peliknya camne leh ada gambar ni lak...kalau betul lakunan skalipun macamana PR leh dapat alatan serba complete tu...leh buat sendiri ke...berani betul dorang ni buat prop semata-mata nak fitnah SPR
-Gambar kertas undi yang dibuang dekat area Terengganu
Sama seperti diatas...cop SPR tu kami pulang balik dalam sampul yang berseal
Yang peliknya macamana kertas undi tu ada kat tangan orang awam bukan SPR
-Dakwat yang dikatakan kekal yang dijamin takkan hilang dalam masa 7 hari walaupun dicuci ngan apapun...
Bagi yang mengundi awal dakwat tu hilang dalam masa sehari je...gi cuci ngan petrol...
Pastu SPR kata goncang kuat sebelum pakai dan goncang lepas 2 jam sekali nak bagi sebati semula
Yang peliknya still hilang gak pada masa tak sampai sehari...kenapa aku cakap camtu sebab dakwat tu terpercik kat aku masa nak goncang kali kedua leh hilang dengan segera pas aku cuci ngan tisu basah....
Banyak lagi citer pelik dan misteri PRU13...sama-sama la jadi renungan bersama ye
Bila bercakap dengan tunggul
Apa perasaan korang bila bercakap ngan sesorang nak menyedarkan dia kesilapan selama ni, dia boleh pekakkan telinga dan butakan mata hati....
Rasa nak C4kan hamba Allah tu...
Rasa nak takik-takik ngan pedang samurai...
Atau nak siut ngan api je...
Itu lah yang jadi sampai semua orang jadi buntu dan mati akal...
Tapi ikut hati memang maut la...namun kesabaran memang ada limit
Langgan:
Ulasan (Atom)