Secara harfiahnya memang pas PRU13 tu memang aku demam sebab letih melampau pastu partner aku bawak balik virus selsema T_T
Aku bukan nak citer pasal demam tu (sampai arini still ada lagi sisa batuk-batuk demam aritu) tapi pandangan aku sebagai KP dan citer-citer pelik PRU13
- PM kita menang besar di Parlimen Pekan dengan 80k pengundi
Pengundi di Kuantan 50k++ dan pengundi di Temerloh pun 50k...sebagai orang yang dok Pahang dan umum orang Pahang tahu Kuantan adalah ibu negeri dan Temerloh adalah bandar kedua terbesar di Pahang ngan ura-ura nak dijadikan ibu negeri dalam beberapa tahun akan datang...serta Pekan walaupun bandar Diraja tak ramai penduduk kat sana....
Yang peliknya mana datang lagi extra 30k penduduk Pekan tu....
- Gambar yang dikatakan SPR sebagai lakonan blackout
Sebagai petugas SPR yang rasmi kami dah sign akuan kerahsiaan...meaning takde rakaman dalam bentuk foto atau video dalam saluran mengundi....
Selepas siap mengira undi kami seal kertas undi dalam kotak undi ngan mouse tail dan tali siap dengan seal kertas yang telah siap di sign oleh agen...semua barang-barang seperti bakul kertas untuk asing kertas undi tu kami pulang kat SPR balik setiap menda
Yang peliknya camne leh ada gambar ni lak...kalau betul lakunan skalipun macamana PR leh dapat alatan serba complete tu...leh buat sendiri ke...berani betul dorang ni buat prop semata-mata nak fitnah SPR
-Gambar kertas undi yang dibuang dekat area Terengganu
Sama seperti diatas...cop SPR tu kami pulang balik dalam sampul yang berseal
Yang peliknya macamana kertas undi tu ada kat tangan orang awam bukan SPR
-Dakwat yang dikatakan kekal yang dijamin takkan hilang dalam masa 7 hari walaupun dicuci ngan apapun...
Bagi yang mengundi awal dakwat tu hilang dalam masa sehari je...gi cuci ngan petrol...
Pastu SPR kata goncang kuat sebelum pakai dan goncang lepas 2 jam sekali nak bagi sebati semula
Yang peliknya still hilang gak pada masa tak sampai sehari...kenapa aku cakap camtu sebab dakwat tu terpercik kat aku masa nak goncang kali kedua leh hilang dengan segera pas aku cuci ngan tisu basah....
Banyak lagi citer pelik dan misteri PRU13...sama-sama la jadi renungan bersama ye
Tiada ulasan:
Catat Ulasan