Sikap segelintir masyarakat Malaysia, sudah diberi kemudahan sudah diberi tunjuk arah masih lagi mahu di tunjuk arahkan...
Ambil contoh di kaunter-kaunter perkhidmatan kerajaan, siap ada sorang penunjuk arah duduk kat situ kejenya dok terang pas sorang-sorang yang datang padahal kat dinding kat tiang penuh tanda arah, arahan macamana nak berurusan dengan lancar still dengan segala usaha tu masih lagi ada yang tak pikap dan tak reti bahasa...
Oleh kerana kerja aku melibatkan perkhidmatan pelanggan, dan kerja plak ngan gomen maka wajib ada segala arahan dan tunjuk arah misalnya macamana nak berurusan dengan kaunter kitorang, maybe tulisan kat kertas arahan tu kecik kami terangkan lagi sila ambil no giliran dekat kaunter sebelah masih lagi salah ambil atau tak tahu nak buat apa, maybe ah so ah go tak paham bahasa melayu so leh maafkan lagi tapi ada yang muda belia pun sama gak...terus lunggun borang dekat kaunter tak bagi salam padahal ada pelanggan tengah di layan kat kaunter tu...so attitude apakah ini...bila ditegur dikata kami garang, komplain masuk paper masuk fb amik gambar bagai...
Cer yang tukang amik gambar tu time dia buat kesalahan kita amik gambar dia plak tayang kat fb ke atau staff kat kaunter komplen masuk akhbar kata pelanggan kurang ajar...bila kami penat masam, di kata kami sombong, aduhai takkan kami nak senyum memanjang, dah penat gula dalam badan pun kurang weh...manis pun dah takde...dahla penat kena plak pelanggan yang banyak songeh lagi la aduhainya...
Kadang-kadang pelik dengan sikap orang sebegini...mahu dilayan seperti raja, bukan mempertikaikan kehendak pelanggan tapi sudah diberi kemudahan tapi tak ambil prihatin...masih mahu dilayan secara persendirian...kalau 10 orang nak dilayan seumpama begitu bukan sahaja membazir masa malah menbazir tenaga untuk tujuan produktif lain serta menyusahkan pengguna lain...
Ada satu peristiwa nak dikongsi, ada seorang wanita berbangsa Melayu mempunyai tahap pendidikan STPM datang untuk check urin...dekat makmal situ sudah ada tunjuk arah ke tandas serta tunjuk arah kaunter spesimen urin...dan oleh kerana dia pelanggan buku merah jambu, maknanya dia akan kerap ke klinik untuk pemeriksaan berkala dan didapati beliau pernah berurusan dengan makmal klinik itu lebih dari sekali tapi beliau masih bertanya di mana tandas dan meletakkan sampel urin di kaunter utama (tempat check darah pesakit/tempat letak kad) di mana ada seorang pelanggan sudah pun duduk di depan kaunter (betul-betul depan pelanggan tu-giler tak sopan langsung dan takde tatatertib)...jika logik seorang yang ada pelajaran setinggi tu mesti beliau perasan tanda arah tu kerana tanda arah tu betul-betul sebelah pintu partition yang memisahkan ruang tandas dan ruang menunggu dan rasanya tunjuk arah tu cukup besar untuk dibaca dari jauh...lagi satu tergamakkah anda meletakkan sesuatu yang najis di tempat orang akan menghulurkan tangan untuk check darah....
Begitulah sikap orang Malaysia, takde tunjuk arah pun salah sudah ada pun tak mahu pulak guna...minda dunia ke 3 bukan minda negara maju
Tiada ulasan:
Catat Ulasan