Salah sungai semakin tohor atau salah si pencemar alam hakikatnya si sungai dah tak mampu membendung isi perutnya..
Beberapa laluan utama tenggelam dalam amukan alam...memutuskan perhubungan aku dengan buah hati pengarang jantung yang dua orang tu di seberang sana...
Jika tidak kerana amanah majikan supaya berkhidmat di kala musibah ini sudah lama aku terbang ke sana bawak balik anakanda-anakanda yang nakal-nakal tu tapi apakan daya..hanya dari jauh je la dapat ibu doaka kesejahteraan
Hanya Mr Ameen je la dengan ibu buat pengubat sunyi....kasihan dia terpisah dengan kakak-kakaknya...dengan ibu dan papa je la jadi teman main buat sementara ni...
Banjir....area kampung MIL memang tempat naik air, sementelah tu kawasan paya...sebab musabab aku nak gak budak dua orang tu di hantar ke rumah opah mereka masih anak kecil yang tak dapat beza bahaya dan bahana..
Aku tak nak mereka main air banjir yang dah tentu hasil basuhan hujan ke muka bumi ni...segala kuman, parasit, virus, kulat, kotoran ada dalam tu...dan aku pasti mesti ada yang dok kempen boleh main air banjir.....isk selisih malaikat 44....air banjir dah la seribu satu macam ada dalam tu, malah kalau tak berjaga-jaga boleh menyebabkan tragedi lemas...semoga tidak lah aku di uji dengan ujian ni....
Musim banjir....aku harap orang yang ditimpa musibah agar bersabar dengan dugaan ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan