Jerebu....
Sudin membuka matanya yang penuh berselepat dengan tahi mata, tidurnya terganggu dengan sinaran matahari yg mengenai matanya melalui celahan dinding bilik usangnya.
Sudin membuka mulutnya luas2, menguap, menghembus segala udara yg terkandung dlm perutnya, sehingga menampakkan giginya yg jarang serta tidak tersusun itu. tiba2 kedengaran bunyi ngaring, panjang dan jitu, diakhiri dgn putus2. datang dr arah buntut sudin. kembang2 hidungnya, mencari bau kentutnya sendiri.
"pergh…." gumam Sudin.
Sudin pergi membuka tingkap yg terletak hanya sebelah katilnya, pandangannya jauh menghala kearah belukar serta pokok manggis, rambutan serta limau bali tanaman arwah bapanya. Pandangannya berkabus, digenyeh matanya perlahan2. masih berkabus, digenyehnya sekali lagi, kali ini lebih kuat. masih juga berkabus. Dia bangun.
Sambil membetulkan kain pelikatnya, Sudin bergerak ke arah dapur, mencari ibunya, Mak Leha. Perempuan separuh abad, bersanggul tinggi, bertahi lalat dipipi, berbaju kebaya kesana-kesini.
Sudin menyusuri anak tangga yg menyambung rumah utama keruang dapur dgn berhati2. dia membatalkan niatnya utk meneruskan turun kedapur, sebaliknya melabuhkan punggungnya di salah satu anak tangga.
"mak, kenapa nampak berkabus saja pagi ni???" tanya Sudin sambil memandang tepat kearah Mak Leha yg berkain batik, berbaju kebaya. Bukan Sudin tidak biasa dgn pandangan kabus waktu pagi, semenjak sudin pandai berjalan dia sudah melihat permandangan tersebut, tapi kali ini berlainan sedikit.
Mak Leha yang sedang menggoreng ikan sepat yg ditangkap Sudin petang kelmarin hanya memandang Sudin dgn hujung mata.
"mak, dengar tidak Sudin tanya ni???" sambung Sudin pabila soalannya sebentar tadi tidak diendah.
sambil menghela nafas yg panjang Mak Leha menjawab "apa kau tidak tahu sekarang ini heboh org bercerita tentang jerebu?? dari kedai ah tong di pekan sehingga ke kedai kopi salbiah janda hujung simpang tu, semua org sibuk bercerita tentang jerebu, itu la kau, selagi matahari tidak terpacak diumbun2, selagi itu la kau tidak mahu bangun. kau lihat sekarang ni masih pagi lagi kah?? cuba kau lihat si Karim anak leman sekerap tu, semua benda dia tahu, malahan cerita jerebu ni dia lah yg terlebih dahulu menceritakannya….."
perlahan2 sudin menghala ke arah pintu dapur, dia tahu jika leteran ibunya menjangkau sehingga ke perihal Karim sepupunya dari sebelah arwah bapanya yg bekerja sebagai budak pejabat di syarikat getah milik kompeni inggeris dikampung sebelah, maka leteran itu akan menyebabkan leteran panjang yg tiada arah tuju selama 2-3 jam..
"daripada mendengar ceramah radio malaya itu, lebih baik aku dengar bunyi angsa ataupun ayam, leteran yg tidak membina…" gumam sudin, sesudah dia sampai keluar rumah, atau lebih tepat belakang dapur.
matanya menjeling kearah jendela bilik Norkiah, gadis idaman hatinya, bukan Sudin saja, malahan gadis sunti itu menjadi pujaan jejaka2 teruna dikampung Sudin, org2 tua separuh abad terketar2 di kedai salbiah janda bernama Mail turut tergila-gilakan si norkiah…
hampa, norkiah tiada dibiliknya, sudin mengarah jelingannya kearah penyidai baju, tempat dia dan norkiah selalu bercengkerama melepaskan rindu dendam. juga tiada.
tiba-tiba matanya terarah sekujur tubuh di belakang rumah norkiah, dekat dgn kebun yg bersempadanan dgn rumahnya….
tubuh yg sgt dia kenal.
perlahan2 sudin bergerak kearah tubuh tersebut.
"Assalamualaikum pak, eh… pak abu" tegur Sudin pada Pak Abu, bapa kepada Norkiah, berbaik2 dengan Pak Abu mmg stategi sudin utk mendekati Norkiah, lagi pun dia berjiran dgn org tua ini, seorang bekas pesara askar.
belum sempat pak abu menjawab salam si Sudin, Sudin sudah menyampuk…
"makin teruk jerebu sekarang ni ya Pak Abu… nak bernapas pun susah, mata pun terasa pedih sentiasa..semalam waktu sudin baca surat kabar, kemungkinan kita akan diarahkan darurat.. malahan radio juga kata begitu..."sudin mengutarakan topik jerebu sebagai topik perbualan tgh hari itu, lagipun, dia tidak mahu kalah dengan Karim.
"iya lah Sudin, aku ni pun selalu batuk2, gatal2, malahan sampai semput…" pak abu menggaru2 lenganya yg tidak gatal.
"ini semua angkara negara Indon tu lah, suka-suka hati saja mau bakar utan, yg mendapat balanya kita. pantang panas aja, bakar. pantang panas aja, bakar, apa kerajaan sana butakah, tulikah, membiar rakyat membakar sesuka hati. bukan sekali dua, malahan sudah berkali2. dulu rajin juga kerajaan kita membuat awan hujan, tetapi belanjanya besar kau tau Sudin. kerajaan kita berfikir juga, angkara org lain kita pula yg membazir wang.." kata2 pak abu bagaikan pidato wakil2 rakyat semasa hendak memancing undi, cumanya, yg mendengar ceramahnya itu hanya si Sudin, yg mendengar acuh tidak acuh, tumpuannya hanya mahu mencari Norkiah, mahu melepaskan gelora cinta org muda.
"err…. Pak Abu sedang buat apa ni??" soal Sudin.
"aku tgh membakar sampah serta pokok2 senduduk yg aku tebas dari kebun aku tadi, sudah lama aku biarkan sejak pergi ke rumah anak aku di bandar sana minggu lepas…."
Sudin berlalu ke sungai, mencari manalah tahu, kalau2 Norkiah berada disana bermain dgn rakan2nya. lagipun matanya sudah pedih akikat asap tebal hasil pembakaran sisa2 daun pisang, daun kelapa, pokok senduduk serta beberapa pokok belukar lain…...
.................................................................................................................................................................
Ini...aku curi dari fb Along aku...karya asal dia..Ahmad Izham Janggut bagi sape-sape nak kenal along aku dengan lebih dekat...ecewah....
Apa aku nak highlight dari cerita di atas....kuman seberang laut jelas dimata tapi gajah depan mata buat-buat buta pulak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan