Sebagaimana kita sedia maklum...mentaliti rakyat Malaysia memang sucks...
tapi jangan cepat sangat nak melatah bila saya cakap camni sebab ni pun salah satu gak antara mentaliti Malaysian yang sucks....so sebelum korang nak maki hamun ni sila muhasabah dan tengok ada tak dalam senarai kat bawah ni amalan harian korang
1. Naik kenderaan awam terutama bas berebut-rebut macam dunia nak kiamat tak kira ada anak kecik ke or warga emas ke or ibu hamil ke or ibu dukung anak kecik ke pastu bila dapat seat anda buat slumber je macam OKU tanak bagi seat pada yang memerlukan...
2. Bila ikut gi rombongan cik kiah...naik bas berebut-rebut lepas tu dapat seat anda tag untuk member anda jadi orang lain tak dapat duduk seat tu....padahal ada orang lain lebih memerlukan seat tapi anda buat slumber je macam situasi di atas...
3. Anda makan/minum menda and tapau kat tempat-tempat seperti berikut Masjid/ Taman Awam/ tempat berkelah seperti pantai atau sungai anda dengan tak tahu malu buang sampah kat tempat tak sepatutnya padahal tong sampah ada je kat situ...
4. Secara suka-suka menjahanamkan harta benda yang disediakan tak kira kerajaan mahupun persendirian untuk kemudahan ramai contohnya tong sampah, telefon, tandas awam ect
5. Tak menghormati orang lain dan mementingkan diri sendiri terutama atas jalanraya...
6. Suka ambil jalan mudah tak suka berusaha...suka mengharapkan belas ikhsan orang lain dan malas merubah diri sendiri
7. Mudah percaya pada scam, nak cepat kaya dengan kadar segera tapi malas nak selidik latarbelakang sebuah pelaburan
8. Bilamana anda seorang bos anda mahu pekerja anda deliver more sehingga ada yang terpaksa stayback dan overtime tapi anda cukup liat nak bayar OT dan menghargai dedikasi pekerja anda dan juga anda yang muka tak tahu malu menerima segala kredit hasil usaha pekerja anda padahal anda senang-senang pula main golf ngan pelanggan..
9. Bos juga...tak pernah nak turun padang bersama-sama dengan pekerja/ orang bawahan untuk sama-sama jayakan sesuatu projek..yang anda nak tahu semua assigment siap on time...
10. Bos juga...jarang memantau aktiviti pekerja mana yang culas tapi kuat kipas mana yang betul-betul bekerja tapi yang dapat segala penghargaan pada kaki kipas...
11. Pekerja pula...suka buat kerja separuh jalan tapi kuat ngulor...tapi bab payment selalu nak lebih dan pula kuat merungut bila bos bagi assignment
12. Pekerja lagi...terutama kat kaunter...nak layan custemer macam nak taknak je...tapi gaji nak...bila orang komplen dia marah balik tapi memang perkhidmatan tahap cipan
13.Pekerja lagi...suka pegi ngeteh makan lama-lama esp gov....kalau yang perempuan suka curik masa keluar shopping...
14. Balik semula kat bos...suka buat peraturan tu peraturan ni tapi penguatkuasaan zero...
15. Buat akta dan peraturan tapi penguatkuasaan zero...
16. Berurusan ngan gov banyak sangat birokrasi sampai menyusahkan menda yang simple...
17. Mengamalkan budaya jangan jaga tepi kain orang...anak-anak/sanak saudara buat apa je yang menyalahi agama dan norma masyarakat ketimuran.
18. Budaya tak boleh ditegur, diri sendiri je betul orang lain tak...
19. Budaya malas belajar dan suka ambil jalan mudah...budaya tak mau berusaha dan suka mencari alasan tapi mau hidup senang..
20. Budaya show-off....
21. Budaya suka mengabihkan duit atas benda sia-sia...hobi tu hobi juga tapi kena fikir menda lagi penting dari hobi tu....ni dahla duit dapur liat nak bagi tapi tang hobi dia sanggup berabih tak ingat ada tanggungan lain siap buat loan lagi...
22. Budaya suka memperlekehkan orang lain serta rasis...
23. Budaya ambil mudah dan kurang tanggungjawab sosial....nampak ada orang buat salah tapi tak berani nak tegur...
24. Budaya nak keje gov sebab senang nak buat loan, dah buat loan pi perabih menda-menda tak patut...mak bapak kalau ada anak baru masuk keje gov suh buat loan sebab nak baiki/tambah/renovate rumah yang rumah tu pun tak tentu dapat kat anak keje gomen tu...
Kalau anda rasa ada benda-benda tu dalam diri kita...macamana maju pun negara kita last-last end up macam US...negara maju tapi menteliti kelas ketiga.....
Sebaik-baiknya berubahla, tak rugi pun kalau berubah...sok generasi akan datang tak la makin haramjadah macam budak-budak remaja macam sekarang....
mcm ada pengalaman jeee...hehehe.
BalasPadamaku rasa sikap camtu bkn kat Malaysia saja.....satu dunia. cuma, dlm ramai ramai tu ada yg 'thinking out of box', tu yg berbeza.
Pengalaman sendiri dan teman sepenjawat hehehe
BalasPadam