Seminggu aku amik anual leave...bukan sebab saje-saje nak amik rehatkan badan tapi sebab permulaan tahun baru ni anak yang sulung naik darjah satu...( uuu cepatnya masa berlalu...anak aku dah besau rupanya)...si angah masuk ke PASTI dan Mr Ameen akan di hantar ke pengasuh baru.... so aku nak setup semula timing aku nak uruskan budak-budak ni belah pagi supaya nanti bila aku naik keje takde la kilam kabut ( tu pun berterabur gak pagi tadi)
Penat betul badan walaupun dok umah je...sape kata dok umah tak banyak keje...jadi suri ni lagi penat dari keje goyang kaki kat pejabat...penat badan penat otak nak uruskan masa dan keluarga...patutla tiap-tiap masa senggang dorang banyak dihabiskan bermesyuarat longkang/tembok/tingkap dsb...nak hilangkan stress kot...
Tapi yang pasti memang kaum hawa lebih proaktif bab-bab anak dan keluarga...dan kaum bapa kurang involvement...jangan pulak ada bapa yang terasa....maybe tak semua tapi rata-rata yang aku nampak dok anta tunggu anak adalah kaum ibu...dan yang uruskan beratur bayar yuran sekolah adalah kaum ibu juga...yang berpeluh-peluh menunggu di pintu pagar sekolah sambil anak kecik bergayut merengek-rengek kat kaki pun kaum ibu juga...ada nampak kaum bapa menunggu anak di kereta tapi memang harfiahnya dia tunggu kat kereta sambil si anak terhegeh-hegeh menyeret beg yang beratnya dekat 3kg...(mana tau berat 3kg? sebab aku bawak beg anak aku sampai kelas dia yang aku sendiri semput nak angkut...nko bayang lak budak kecik kemetot tu bawak pulak)
Hari si ayong tu gi orientasi....cikgu dan wakil ibu bapa dah sampaikan amanat awal-awal...peringatan pada ibu bapa yang culas nak amik port pasal anak...antara kata-kata yang masih terngiang-ngiang adalah amik berat pasal anak-anak dan persekolahan mereka...time meeting ibu bapa cuba la luangkan masa datang dan dengar...nanti bila ada kata yuran rm50 bila time meeting tak datang dorang yang marah-marah tak tentu hala...pelik aku tengok ada parents macamni...selalunya la parent camni yang anak problematic sket ( atau banyak)...mendatangkan banyak masalah pada para pendidik dan masyarakat...
Aku dah bertekad tahun ni nak bagi masa betul-betul untuk anak-anak even camne penat sekalipun..nak dorang sebelum pergi sekolah dalam perut dah kenyang..supaya lebih absorb pembelajaran dia....nak pantau persekolahan mereka...apa yang dorang buat aritu..nak jadi bestfren pada anak-anak supaya dorang lebih open ngan aku so takde la dorang rasa tersisih lak...
Sebenarnya aku agak kesian ngan si Tihani...dia tak biasa dengan alam baru dia tiap-tiap pagi dia merengek suh aku temankan....aku ni dahle garang terlebih...kena tone down kegarangan aku ni...same goes tu Mr Ameen...dia tak biasa ngan babysitter baru tiap-tiap kali hantar dia nangis...uuuu penatnya....rasa nak gi spa huhu....tapi above of that bab manisnya bila time amik dorang sebelah petangnya semuanya becok bercerita dan main seronok jumpa ibu dia balik....
Selasa, 8 Januari 2013
Selasa, 25 Disember 2012
Musim hujan....musim sakit...musim orang bersalin
Semacam trend...semenjak akhir-akhir ni ramai orang datang klinik...yang datang sebab sakit, medical check up untuk PLKN, pakcik makcik ah so ah kong yang berpenyakit kronik (diabetis, darah tinggi dan jantung) serta ibu baru sebulan bersalin....(yang baru nak buat anak hehe)
Ingatkan musim hujan ni takde yang sudi nak jenguk klinik uzur ni tapi makin meriah pulak...nak kejar apa tak tau la...makin lebat hujan makin semangat plak dorang datang klinik tapi yang musykil sket la...masa awal-awal cuti sekolah klinik bagai dilanda garuda...entah kemana pesakit-pesakit tu hilang tak tau la...tau-tau je balik bawak penyakit je huhu

Perosak semangat
Ada hamba-hamba Allah ni ada pangkat sket belagak macam pangkat yang dia ada tu besar sangat...perghhhh...dasyat...dasyat...
Yang buat bertambah sedih punya la dia rasa diri dah besar sangat dengan orang atas dia pun dah redah....perangai huduh betul..
Kenapa ye ramai yang jadi macamtu sekarang ni...tanggungjawab seorang ketua memang besar dan berat tapi ramainya tak bertindak seperti seorang ketua tapi lebih kepada diktator dan gila kuasa....
Dan ironinya selalunya hamba-hamba Allah ni kebanyakkannya kaum hawa....mana pergi ye sifat lemah lembut keibuan mereka...garang tak tentu hala ngan anak buah....kalau lelaki tu faham la kot kena QC kat umah moh juga garang kat tempat kerja hehehehe....(dan lelaki memang perangai mereka tegas dan garang tapi rasanya banyak terbalik dah zaman sekarang ni)....
Penyakit zaman sekarang...punca kemunduran...sape nak kerja dengan semangat berkobar-kobar kalau dapat hamba Allah macamni jadi ketua...aku pun down dibuatnya...

Isnin, 17 Disember 2012
Malaysian attitude...(mentaliti kelas dunia ketiga)
Sebagaimana kita sedia maklum...mentaliti rakyat Malaysia memang sucks...
tapi jangan cepat sangat nak melatah bila saya cakap camni sebab ni pun salah satu gak antara mentaliti Malaysian yang sucks....so sebelum korang nak maki hamun ni sila muhasabah dan tengok ada tak dalam senarai kat bawah ni amalan harian korang
1. Naik kenderaan awam terutama bas berebut-rebut macam dunia nak kiamat tak kira ada anak kecik ke or warga emas ke or ibu hamil ke or ibu dukung anak kecik ke pastu bila dapat seat anda buat slumber je macam OKU tanak bagi seat pada yang memerlukan...
2. Bila ikut gi rombongan cik kiah...naik bas berebut-rebut lepas tu dapat seat anda tag untuk member anda jadi orang lain tak dapat duduk seat tu....padahal ada orang lain lebih memerlukan seat tapi anda buat slumber je macam situasi di atas...
3. Anda makan/minum menda and tapau kat tempat-tempat seperti berikut Masjid/ Taman Awam/ tempat berkelah seperti pantai atau sungai anda dengan tak tahu malu buang sampah kat tempat tak sepatutnya padahal tong sampah ada je kat situ...
4. Secara suka-suka menjahanamkan harta benda yang disediakan tak kira kerajaan mahupun persendirian untuk kemudahan ramai contohnya tong sampah, telefon, tandas awam ect
5. Tak menghormati orang lain dan mementingkan diri sendiri terutama atas jalanraya...
6. Suka ambil jalan mudah tak suka berusaha...suka mengharapkan belas ikhsan orang lain dan malas merubah diri sendiri
7. Mudah percaya pada scam, nak cepat kaya dengan kadar segera tapi malas nak selidik latarbelakang sebuah pelaburan
8. Bilamana anda seorang bos anda mahu pekerja anda deliver more sehingga ada yang terpaksa stayback dan overtime tapi anda cukup liat nak bayar OT dan menghargai dedikasi pekerja anda dan juga anda yang muka tak tahu malu menerima segala kredit hasil usaha pekerja anda padahal anda senang-senang pula main golf ngan pelanggan..
9. Bos juga...tak pernah nak turun padang bersama-sama dengan pekerja/ orang bawahan untuk sama-sama jayakan sesuatu projek..yang anda nak tahu semua assigment siap on time...
10. Bos juga...jarang memantau aktiviti pekerja mana yang culas tapi kuat kipas mana yang betul-betul bekerja tapi yang dapat segala penghargaan pada kaki kipas...
11. Pekerja pula...suka buat kerja separuh jalan tapi kuat ngulor...tapi bab payment selalu nak lebih dan pula kuat merungut bila bos bagi assignment
12. Pekerja lagi...terutama kat kaunter...nak layan custemer macam nak taknak je...tapi gaji nak...bila orang komplen dia marah balik tapi memang perkhidmatan tahap cipan
13.Pekerja lagi...suka pegi ngeteh makan lama-lama esp gov....kalau yang perempuan suka curik masa keluar shopping...
14. Balik semula kat bos...suka buat peraturan tu peraturan ni tapi penguatkuasaan zero...
15. Buat akta dan peraturan tapi penguatkuasaan zero...
16. Berurusan ngan gov banyak sangat birokrasi sampai menyusahkan menda yang simple...
17. Mengamalkan budaya jangan jaga tepi kain orang...anak-anak/sanak saudara buat apa je yang menyalahi agama dan norma masyarakat ketimuran.
18. Budaya tak boleh ditegur, diri sendiri je betul orang lain tak...
19. Budaya malas belajar dan suka ambil jalan mudah...budaya tak mau berusaha dan suka mencari alasan tapi mau hidup senang..
20. Budaya show-off....
21. Budaya suka mengabihkan duit atas benda sia-sia...hobi tu hobi juga tapi kena fikir menda lagi penting dari hobi tu....ni dahla duit dapur liat nak bagi tapi tang hobi dia sanggup berabih tak ingat ada tanggungan lain siap buat loan lagi...
22. Budaya suka memperlekehkan orang lain serta rasis...
23. Budaya ambil mudah dan kurang tanggungjawab sosial....nampak ada orang buat salah tapi tak berani nak tegur...
24. Budaya nak keje gov sebab senang nak buat loan, dah buat loan pi perabih menda-menda tak patut...mak bapak kalau ada anak baru masuk keje gov suh buat loan sebab nak baiki/tambah/renovate rumah yang rumah tu pun tak tentu dapat kat anak keje gomen tu...
Kalau anda rasa ada benda-benda tu dalam diri kita...macamana maju pun negara kita last-last end up macam US...negara maju tapi menteliti kelas ketiga.....
Sebaik-baiknya berubahla, tak rugi pun kalau berubah...sok generasi akan datang tak la makin haramjadah macam budak-budak remaja macam sekarang....

Isnin, 12 November 2012
Bila breastfeeding menjadi isu
Aku suka baca satu blog memang wajib tiap-tiap kali buka internet...aku suka sebab blogger dia ada pandangan tersendiri tentang sesuatu perkara....
Baru-baru ni dia kupas (yeke kupas...takde term yang lebih elok dalam paler ni) pasal isu NIP...singkatan nursing in public...pandangan dia sebagai seorang suami dan ayah kepada seorang bayi yang menyusu badan sepenuhnya amat kontras dengan perjuangan NIP...
Bagi aku la..ada pro dan con dalam memperjuangkan NIP...bagi aku yang juga menyusukan anak aku segan nak NIP tapi bila keadaan memaksa aku terpaksa NIP gak...
Apa yang bagus NIP ni kalau ibu-ibu ada keperluan yang memerlukan dia terpaksa keluar ke tempat yang memang takde bilik penyusuan ni..contoh on the way balik dari ambil dia dari nanny dia, sangkut dalam jem dan dia nak nenen...nak tunggu sampai rumah entah bila-bila maka NIP leh dipraktikkan...takkan kita bantai nak pam plak tengah-tengah melalak tu nak bagi dalam botol kan...lagipun mengikut pengalaman saya la dan cerita ibu-ibu yang lain...anak-anak bila dengan kita dia memang taknak botol..dia nak terus gayut...ada satu aroma yang dorang sangat-sangat suka pada cap gantung tu...
Yang kurang pasal NIP ni yelah ia menimbulkan perasaan kurang selesa pada orang awam...orang Malaysia masih taboo dalam hal-hal menyusu anak depan public...pakai macamana sekalipun dorang tetap pandang serong....Nak educate orang yang sangat konservatif kat Malaysia ni sangat payah sebagaimana payahnya menukar kefahaman politik mereka...sedangkan orang yang memperjuangkan penyusuan ibu ni pun dah dipandang 360 degree serongnya..apatah lagi NIP ni....
NIP ni bukan baru dalam masyarakat kita...zaman tok nenek nyang kita dulu kala yang belum tercemar ngan botol dan susu formula...rasanya aku la ok je dorang NIP (sebab aku pernah tengok mak-mak orang masa aku kecik kenot )....lagipun orang zaman tu mana merayap gi Ikea bagai kan...lau NIP pun setakat jiran sebelah rumah je...tapi seiring dengan modernisasi orang Malaysia ni...benda yang jadi common jadi pelik dan menjengkelkan....ya benda baik memang menjengkelkan mata...perempuan yang baligh memakai baju adiknya sampai tersembul mana-mana bonjolan yang ada tidak pula pelik pada pandangan mata...
NIP...bukan solusi setiap masa tapi nak wujudkan bilik menyusu pada setiap tempat agak mustahil...kerana bukan semua tempat itu sesuai nak diwujudkan nursing room...macam tempat perkelahan air terjun ke or tempat perhentian bas or dalam bas...bayi nak menyusu bukan kira tempat...takkan kita nak tahan lapar dahaga bayi tu semata-mata segan dan aurat semasa NIP...buatnya perjalanan bas itu lama berjam-jam nak sumbat baby tu dengan apa...jadi tak boleh nak salahkan NIP...itu dah jadi keperluan semasa...kalau boleh nak elak....kalau terdesak maka apa salahnya...lagipun ibu bapa zaman sekarang bukan macam ibu bapa zaman dahulu kala lepas kerja dok kat rumah tak merayap mana-mana...

Rabu, 7 November 2012
Similarity?
Jika anda try google Cloud of Ami Nova...anda akan jumpa Aminova soundcloud...kebetulan...hell yeah...never thought it exist anyway...its surprised me too...whatever it is, the idea of my blog name just came by just like that..so its nothing to do with Aminova Soundcloud...peace
Selasa, 6 November 2012
Sweet November rain
I like rain better than summer heat..even it wet but it doesn't bother me much..(but some sunny ray may needed to dry my laundry ^^,)
Rain...often related with sadness and pain but when we look beyond it there something about rain..enchanted and magical...even its rain cat and dog..when you listen real hard to it..you may found it fascinating...like gloomy lullaby of the unfortunate...
Its rain here and then...it make you wet...its give you flood...it may take away what belong to you...but at the end of the day...there is something its reward you back...only we human either see it or not...
Langgan:
Catatan (Atom)